Written by Bella | May 14th, 2018

Lantang menyuarakan sokongannya terhadap Tun Mahathir yang sebelum ini merupakan pihak pembangkang, Fathia Latiff akui beliau mengalami kemurungan yang teruk daripada kecaman serta hinaan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Namun, kini beliau boleh menarik lafas lega kerana segala keperitan sudah berakhir saat Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Malah, ada pula beberapa pihak yang sebelum ini menentang Fathia sudah mula memuji beliau yang setia dengan pendiriannya walaupun ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan.

Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya. Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Dr Mahathir. Tidak niat untuk memasuki dunia politik pun.

Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan. Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya. Saya ikhlas mengagumi Tun M dan terlalu teruja pernah temu bual beliau.

Terdahulu, Fathia sangat aktif menyuarakan pendapat beliau mengenai isu politik menerusi laman sosial Twitter. Gara-gara itu juga, beliau pernah menerima pelbagai teguran dan dimalukan oleh sesetengah pihak yang  pernah mengatakan beliau hanya pandai memberikan komen di media sosial sahaja dan tidak turun padang untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | May 11th, 2018

Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi menghangatkan media sosial membidas sikap sesetengah artis yang ibarat seperti lalang apabila beralih memuji Pakatan Harapan sedangkan mereka sebelum ini beriya-iya secara terbuka menyokong kerajaan terdahulu.

Zarina turut memuji sikap rakannya Fathia Latiff yang  tidak pernah berselindung menyatakan sokongan beliau kepada Tun Mahathir.

Bukan itu sahaja, Zarina  sangat “respect”  dengan keberanian Fathia untuk menyuarakan isu politik  menerusi akaun Twitternya walaupun tindakan itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat,  termasuk  Exco Puteri UMNO Tangga Batu, Dira Abu Zahar yang menyelar Fathia tidak perlu mencampuri urusan politik dan harus perbetulkan hidupnya dahulu yang sebelum ini dihimpit kontroversi Bigo Live.

Bukan Zarina sahaja yang tertanya mengapa Dira tiba-tiba senyap, tetapi netizen juga. Iyalah, sebelum ini beliau lantang bersuara tetapi kini seakan “menghilangkan diri”.


Tidak dinafikan, kami kagum dengan pendapat  Zarina yang  kelihatan bersahaja tetapi hakikatnya agak “makan dalam”. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya, jadi janganlah cepat melatah ataupun hendak marah ya.