Written by Bella | May 14th, 2018

Lantang menyuarakan sokongannya terhadap Tun Mahathir yang sebelum ini merupakan pihak pembangkang, Fathia Latiff akui beliau mengalami kemurungan yang teruk daripada kecaman serta hinaan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Namun, kini beliau boleh menarik lafas lega kerana segala keperitan sudah berakhir saat Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

Malah, ada pula beberapa pihak yang sebelum ini menentang Fathia sudah mula memuji beliau yang setia dengan pendiriannya walaupun ditimpa pelbagai cabaran dan dugaan.

Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya. Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Dr Mahathir. Tidak niat untuk memasuki dunia politik pun.

Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulillah, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan. Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya. Saya ikhlas mengagumi Tun M dan terlalu teruja pernah temu bual beliau.

Terdahulu, Fathia sangat aktif menyuarakan pendapat beliau mengenai isu politik menerusi laman sosial Twitter. Gara-gara itu juga, beliau pernah menerima pelbagai teguran dan dimalukan oleh sesetengah pihak yang  pernah mengatakan beliau hanya pandai memberikan komen di media sosial sahaja dan tidak turun padang untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Sumber Berita : mStar Online

24 responses to Fathia Latiff Pernah Alami Kemurungan Kerana Dikecam Sokong Tun M, Kini Dipuji Pula Oleh Netizen

  1. anonymous says:

    nak tanya mana pi pompuan penjilat umnopungkok najib tu sennyap teruiihhh tu la berangan nak jadi ketua putri konon

  2. Anonymous says:

  3. musti enterprem says:

    lari tajuk sket weh.. korang jangan nak puji sgt tampok pemerintahan baru ni.. 2X5 bn je. dua2 pm duit berkepok tp tak plak ada tittle HAJI. hmm.. pikir sindrey lah.. apa pon idup ijo puteh.. membangun bersama Islam. mana tau kan pru 15 nnti… INSHAA ALLAH.

    • Byk nyer title says:

      Kkau mereka letak title hj/hjh..
      Nnti sgt ssh nk baca…asik2 darjat je di sebut di depa2..sampai ke nama pun blum sampai.

      Contoh..YAB.YB..DATO.SERI.YG BERBAHAGIA.PROF.DR.ENGR.IR..HJ/HJH..

      Bapak akupun haji..
      Tak perlulh letak hj masa tulis.

    • Anonymous says:

      Otak udang…tlg jgn jd bodoh cam penyokong bn laa pas wei…aku tgk skrg ni makin terserlah perangai bodoh penyokong pas ni….perlu ke nk letak HAJI kat dpn tu????org arab y g haji pn xde letak haji kat dpn…melayu kolot je x abis2 dgn isu ni…

    • Anonymous says:

      Pergi menunaikn Haji x semestinya mggunakn awalan nama Haji/Hajjah..Haji mabrur tiada siapa tau itu milik Allah..Haji salah satu rukun Islam apa ada pd gelaran itu?? Kenapa title Haji kenapa?? Kenapa x ambik zakat ke..syahadah ke..contoh Haji Hadi kenapa bkn zakat Hadi??? Dalami agama Islam sebaik2nya..