July 21st, 2017

Mungkin sedang merasa bahagia dengan lelaki yang hadir dalam hidupnya kini, pelakon Fasha Sandha nampaknya semakin terbuka untuk membicarakan hal peribadinya. Menurut Fasha, “si dia” sudah mula mengungkapkan perasaan rindu terhadap dirinya. Wah, bibit percintaan sudah mula timbul dalam hati ke tu?

Sebelum ini, saya ada cakap kami berkawan rapat dan belum ke arah bercinta. Cuma, sekarang fasa hubungan itu adalah sudah berani cakap rindu. Tetapi apabila dia kata rindu, saya tidak terus balas. Kenalah jual mahal sikit kerana kita ini wanita. Apa pun, sekurang-kurangnya ada teman istimewa untuk ucap selamat pagi dan selamat malam di aplikasi WhatsApp. Hendak kata hati saya sudah dimiliki pun belum lagi.

Antara sebab Fasha selesa berkawan dengan lelaki tersebut kerana beliau menerima anak-anaknya dengan baik. Menurut Fasha, lelaki yang berjaya mengetuk sedikit pintu hatinya itu bukanlah orang yang ternama sebaliknya hanya orang biasa sahaja.

Harapnya Fasha ada jodoh dengan “si dia” sehingga ke jinjang pelamin. Siapa tahu, lelaki itu adalah yang paling tepat buat dirinya? Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

April 3rd, 2017

Sebelum ini Fasha Sandha mengakui sedang berkenal rapat dengan seorang jejaka. Malah, anak-anak Fasha juga sudah bertemu dengan jejak tersebut. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini Fasha masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti orang baharu yang hadir didalam hidupnya kini.

Namun, menerusi ruangan Cik Pang, ada sumber mengatakan Fasha ada bergambar dengan “teman lelakinya” itu sewaktu beliau hadir ke majlis sambutan hari jadi Fasha yang ke 33 baru-baru ini. Jika dilihat, memang kacak juga jejaka itu.

Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha memberitahu yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi identiti jejaka itu tidak pernah didedahkan. Bagaimanapun sewaktu sambutan ulang tahun hari lahir Fasha pada Selasa lalu, ada sumber menyampaikan pada teman Cik Pang yang lelaki dimaksudkan itu turut hadir. Ada sumber menunjukkan yang jejaka itu ada bergambar dengan Fasha dan turut dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Jika gosip ini benar, kami harap hubungan mereka ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin. Kata orang sama cantik dan sama padan tu..

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : kaki5photo

March 24th, 2017

Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak enam bulan lepas. Mengakui jejaka berkenaan yang paling rapat dengan beliau setakat ini, Fasha juga sudah memperkenalkan beliau dengan dua orang anaknya.

Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkenalkan si dia dengan dua anak.

Namun, saya belum bersedia untuk mendedahkan identitinya kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi. Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius.

Tentu ada yang ingin tahu, apakah agaknya ciri-ciri lelaki idaman Fasha? Menurut selebriti pujaan ramai itu, beliau mencari seorang lelaki yang memahami diri dan kerjayanya.

Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikelilingi ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya.

Lebih setahun bergelar ibu tunggal, Fasha memberitahu beliau menyasarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Harapnya, hubungan Fasha dan si dia boleh berkekalan sehingga jinjang pelamin jika ada jodoh. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

February 20th, 2017

Dua tahun bergelar janda, pintu hati Fasha Sandha akhirnya telah terbuka untuk menerima cinta baharu dan baru-baru ini beliau mengakui sedang mengenali hati budi seseorang. Ramai sebenarnya yang mendoakan kebahagiaan Fasha.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fasha masih belum mahu terburu-buru ke fasa yang lebih serius bersama jejaka yang kini rapat dengannya itu.

Menurut Fasha beliau suka dengan sikap jejaka itu yang menghormatinya sebagai seorang wanita.

Dia insan paling rapat dalam hidup saya ketika ini. Selain masih bujang dan tidak pernah berkahwin, saya juga selesa berkomunikasi dengannya. Dia hanya lelaki biasa, bukan anak orang kenamaan atau dikenali dalam industri. Saya menyenangi peribadinya sebagai lelaki yang positif, berkerjaya dan berpelajaran tinggi. Paling saya kagumi, dia menghormati saya sebagai seorang wanita malah tidak mendesak.

Apa yang dapat saya katakan, kami hanya berkawan rapat malah tidak mengisytiharkan dia sebagai pasangan kekasih. Saya juga tidak tahu apakah dia jodoh saya. Ini semua perancangan Allah SWT. Saya berkawan dengan semua jenis orang. Apa yang boleh saya tekankan di sini, kami hanya berkawan.

Pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini, sedikit sebanyak Fasha tetap akan lebih berhati-hati menjalinkan hubungan dan memilih teman hidupnya. Namun, kami mendoakan yang terbaik buat Fahsa, siapa tahu mungkin jejaka tersebut adalah jodohnya bukan?

Sumber Berita : Bipop Berita Harian