December 17th, 2018

Walaupun sudah tiga tahun bercerai dan kini mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing, pelakon Fasha Sandha bagaimanapun menegaskan peceraiannya bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai bukanlah alasan untuk mereka saling membenci mahupun tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada dua orang anak mereka.

Menurut Fasha, ibu bapa harus melakukan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan.

Ramai peminat yang memuji hubungan baik yang terjalin antara Fasha dan Jejai. Mereka antara contoh ibu bapa terbaik dalam memberikan kebahagiaan buat anak-anak tersayang. Semoga silaturahim ini akan terus terjalin sampai bila-bila.

Kredit Foto : Aqo Imran

April 28th, 2012

Abang Nara dapat rasakan betapa meriah dan gemilangnya majlis pernikahan Jejai dan Fasha Sandha semalam hanya daripada melihat video di bawah. Serius terasa terharu dan gembira melihat akhirnya pasangan ini sah menjadi suami isteri. Semoga kekal buat selamanya.

Dan ada satu lagi video daripada Harian Metro di bawah untuk tatapan anda.

Nantikan gambar-gambar kualiti tinggi sekitar majlis pernikahan Fasha dan Jejai tidak lama lagi. Tahniah sekali lagi kepada pengantin baru ini.

March 4th, 2012

Jeng jeng jeng. Nampaknya tarikh pernikahan pelakon popular Fasha Sandha dengan kekasih hatinya, Jejai sudah semakin hampir. Mereka berdua dilaporkan telah menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus, Setiawangsa minggu ini.

jejai fasha ke kursus kahwin

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar pengumuman tarikh bahagia pasangan merpati dua sejoli ini. Walaupun sudah mendapat sijil kursus kahwin sebelum ini, Jejai tetap menemani kekasih hatinya hadir ke kursus 2 hari ini. Apa pun Abang Nara doakan agar semua persiapan berjalan dengan lancar untuk pasangan ini. Kedua-duanya nampak sangat berseri-seri di dalam gambar di atas. Info kredit portal Murai.

P.S: Lelaki Thai curi 10,000 seluar dalam wanita

June 13th, 2011

fasha dan jejai

Akhirnya setelah berkali-kali dikatakan menjalinkan kembali hubungan cinta dengan Jejai, hari ini Fasha di dalam Harian Metro mengakui yang dia dan Jejai hanya sekadar kawan. Kata Fasha, ibunya tidak mahu dia berhubung lagi dengan Jejai. Memang sesuai sungguh kata-kata “cinta terhalang oleh orang tua” untuk Fasha dan Jejai.

Namun begitu Fasha mengakui yang dia menerima barangan mewah dan 28 jambangan bunga daripada Jejai. Mungkin ini teknik Jejai untuk mengorat kembali Fasha. Berikut ialah kata-kata Fasha tentang larangan daripada ibunya:-

Saya memahami perasaan mama dan sebagai ibu, dia ada gerak hati mengenai anaknya. Mama tidak mahu saya berhubung lagi dengan Jejai kerana gusar kemelut cinta dan segala macam kontroversi seperti sebelum ini berlaku lagi sehingga mengeruhkan keadaan serta menganggu kerjaya saya.

Tahniah kepada Fasha kerana menuruti kata ibunya. Kepada Jejai, apa kata cuba hantar jambangan bunga kepada mak Fasha Sandha pulak. Orang kata kalau nak mengorat anak kena mengorat ibunya dulu. Nak seribu daya taknak seribu dalih. Kalau betul-betul cintakan Fasha, lautan api pun pasti boleh direnangi. Setakat ibu Fasha mesti senang nak kawtim punya kan?