October 13th, 2014

Selepas 8 tahun bercinta, Farhan yang popular menerusi program realiti Akademi Fantasia 4 telah pun sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi pada hari Jumaat yang lalu. Majlis pernikahan telah berlangsung Masjid Al Hasanah, Hulu Langat kira-kira jam 10.15 pagi. Farhan dan Rashadan tampak berseri-seri dengan persalinan pernikahan serba putih.

farhan af kahwin

Mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun jumlah wang hantaran dirahsiakan telah diberikan kepada pengantin perempuan. Pihak lelaki memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan selain sebentuk cincin dan mas kahwin. Pihak pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.

farhan af kahwin

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Farhan dan Rashadan. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Selama menempuh alam rumah tangga. Tahniah!!!

August 28th, 2014

Desas-desus berakhirnya pertunangan antara Farhan AF4 dan kekasihnya, Ahmad Rashdan yang bertiup kencang selama ini ternyata hanyalah palsu semata-mata. Pasangan merpati 2 sejoli ini akhirnya bakal mendirikan rumahtangga yang diidamkan selama ini pada 10 Oktober 2014. Untuk makluman, Farhan dan Rashdan telah mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.

farhan af4 kahwin

Mereka berdua akan diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Selepas itu ajlis persandingan pasangan ini akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Semoga segala persiapan berjalan lancar. Tahniah Abang Nara ucapkan atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Amin.

P.S: Imej pertama Suzuki Vitara 2015 didedahkan

February 14th, 2012

Agak lambat Abang Nara mengupdate kisah pertunangan Farhan AF4. Farhan kelihatan cantik dan sangat menawan di majlis pertunangannya. Bakal suaminya, Ahmad Rashdan Shuhaimi kini bekerja sebagai pengurus akaun selepas tamat belajar di UK. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farhan atas pertunangan ini.

gambar tunang farhan

2 keping gambar lagi sekitar majlis pertunangan Farhan AF4 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Fesyen topi yang terlebih kreatif.

gambar tunang farhan
gambar tunang farhan