March 6th, 2019

Penangan konsert kumpulan antarabangsa Blue di Kuala Lumpur Ahad lalu nampaknya memberikan kesan yang mendalam kepada peminatnya.

Bukan sahaja Kilafairy yang teruja sehingga memeluk dan mencium ahli kumpulan tersebut, pelakon Farah Nabilah juga tidak dapat menahan rasa seronok apabila dapat bergambar dengan artis pujaannya.

Malah, Farah juga mendedahkan beliau ada menghantar mesej peribadi di laman sosial setiap ahli kumpulan tersebut dan meluahkan rasa sayang terhadap mereka.

Amboi, Farah memang ‘fangirl’ Blue sejati, siap hantar mesej kasih sayang lagi. Iyalah, dah dapat bertemu depan mata takkanlah hendak lepaskan peluang untuk luahkan rasa hati kan? Eh..