February 25th, 2016

Menjadi orang cantik dan terkenal pasti akan ada risikonya sendiri, sekitar minggu lepas kecoh juga dengan berita dimana penyanyi Farahdhiya nyaris menjadi mangsa sindiket pelacuran.

Lebih teruk lagi, sindiket itu menggunakan nama Ally Iskandar sebagai taktik penyamaran dan menawarkan Farahdhiya satu tawaran pengacaraan. Malah, sindiket itu sebelum ini pernah memperdaya artis lain juga.

Begini ceritanya, tiga bulan lepas satu akaun Instagram, ALLYISKANDAR_ telah menghantar pesanan kepada saya untuk mendapatkan nombor telefon kononnya individu tersebut mahu memberi saya tawaran untuk mengacarakan program.

Saya tidak merasakan apa-apa keraguan lagi sebab saya sudah beberapa kali bekerja dan berjumpa dengan Ally Iskandar, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya memberi nombor telefon terutama berkaitan dengan kerja.

Namun, Farahdhiya mula rasakan ada sesuatu yang tidak kena dan segera menghubungi Ally Iskandar yang sebenar.

Bila saya rasa pelik, saya cuba menghubungi Ally Iskandar yang sebenar. Rupa-rupanya sudah ramai terkena dengan tawaran sindiket tersebut. Bagi saya, ini sangat kurang ajak dan terlalu biadap. Patutlah siap minta gambar yang bukan-bukan.

Itulah, saya risau dengan artis-artis baharu. Takut mereka terkena penipuan yang sama. Ini nombor telefon ‘Ally’ penipu itu +6011-40265905, semua diharap berhati-hati ya.

Susulan perkara berkenaan, Farahdhiya sudah membuat laporan polis dan menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan orang lain.

Sumber Berita : Utusan Online

January 4th, 2016

Sehingga ke saat ini, Abang Nara masih suka untuk memahami mengapakah Faradhiya masih single, tidak mempunyai kekasih, belum berkahwin, tak ada pakwe sehingga ke hari ini. Faradhiya cun melecun kot. Sekali mata memandang, memang boleh terus jatuh cinta. Tak masuk akal tiada lelaki yang mengorat Faradhiya. Namun itulah kenyataannya. Di usia 31 tahun, Faradhiya masih solo.
faradhiya

Pengakuan daripada Faradhiya ini pasti membuka mata para jejaka di luar sana. Mana tahu memang jodoh anda dengan penyanyi bersuara lantang ini. Namun ada beberapa ciri yang perlu anda penuhi. Paling penting, kena matang. Kata Faradhiya:-

Iya betul, saya masih single… saya tiada sesiapa yang istimewa, tiada teman lelaki yang serius buat masa ini. Rasanya ada segelintir lelaki yang dah naik menyampah nak ajak saya keluar dating. Sebab saya sibuk sangat, hingga tiada masa untuk keluar bersantai.

Nak serius berkawan dengan saya, lelaki itulah kenalah bersabar dan berusaha kuat memahami kerjaya saya. Lagipun saya mencari cinta yang matang daripada lelaki yang matang dalam segala segi, bukannya cinta budak-budak.

Sekarang saya bukannya perempuan yang suka bercakap telefon berjam-jam atau menelefon setiap masa. Saya tidak mahu cinta yang suka kontrol atau mengawal setiap pergerakan saya. Itu cinta buang masa

faradhiya

Rasa-rasa anda mampu bercinta secara matang? Abang Nara suka dengan kriteria-kriteria percintaan yang ditetapkan oleh Faradhiya. Tak perlu gayut lama-lama, tak perlu telefon setiap masa. Yang penting kepercayaan dan keikhlasan hati. Ada berani? Apa pun, semoga satu hari nanti, Faradhiya akan bertemu jua dengan lelaki yang mampu mencuri hatinya. Sama-sama kita doakan.

December 14th, 2015

Kemenangan Siti Nordiana semalam di Gegar Vaganza 2 tidak dipertikaikan oleh orang ramai. Memang Siti Nordiana konsisten sejak daripada minggu awal dan layak untuk bergelar juara. Namun ada sesetengah pihak yang kurang berpuas hati apabila Faradhiya dinobatkan sebagai naib juara. Ada yang berpendapat persembahan Faradhiya tidak begitu menonjol pada malam semalam. Malah ramai yang terkejut apabila Haiza mendapat tempat tercorot sedangkan persembahannya boleh dianggap mantap.
siti nordianaNamun Abang Nara percaya kepakaran dan kehebatan Datuk Ramli MS serta Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri dalam membuat keputusan adalah atas dasar profesional. Kita yang tak tahu bab-bab muzik ini manalah tahu perkara teknikal. Biarlah yang pakar menentukan. Apa yang menarik ialah perbezaan markah antara Nana dan Faradhiya cuma 0.3%. Kata Ramli MS:-

Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.

Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap.

Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa

siti nordiana

Apa pun, memang jarang keputusan untuk mana-mana pertandingan tidak dihimpit kontroversi. Ada pertandingan memang ada peserta feveret masing-masing. Bila peserta feveret tak menang, macam-macamlah suara akan keluar. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Murai.

December 14th, 2015

Tahniah diucapkan kepada Siti Nordiana yang telah pun dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 2 sebentar tadi. Siti Nordiana telah membawa pulang RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Spain dan juga trofi. Di tempat kedua ialah Faradhiya. Di tempat ketiga Ezad Lazim, sementara Nassier Wahab di tempat keempat. Acong Sweetchild pula di tempat kelima sementara Haiza di tempat keenam.

siti nordiana

Kemenangan Siti Nordiana sememangnya sudah dijangkakan. Persembahan Nana di pentas akhir juga amat memberangsangkan. Sememangnya layak untuk Siti Nordiana bergelar juara. Selain itu Siti Nordiana juga memenangi persembahan terbaik yang dipilih berdasarkan undian SMS penonton. Cuma Abang Nara agak terkejut apabila Haiza mendapat tempat terakhir. Namun sudah pasti para juri lebih profesional dan mengadili dengan lebih berilmu berbanding kita semua.

gegar vaganzaApa pun, Gegar Vaganza kali ini sememangnya menjadi fenomena di kalangan rakyat Malaysia. Ia adalah satu program yang bagus terutama untuk penyanyi lama mengembalikan populariti mereka. Semoga Gegar Vaganza seterusnya akan lebih meriah dengan penyertaan peserta yang lebih hebat. Tahniah diucapkan kepada Astro dan semua pihak terbabit atas kejayaan Gegar Vaganza 2.