Written by Bella | November 16th, 2016

Baru-baru ini timbul kontroversi hangat apabila pengacara Fara Fauzana didakwa menyindir Elly Mazlein ketika memperkenalkan juri Muzik-Muzik 31, Datuk Ramli MS.  Fafau ada mengeluarkan perkataan berbunyi “ Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini”. Ia bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi Elly sendiri yang kurang senang dengan gurauan Fafau.

Walaubagaimanapun, salah faham itu telah berakhir apabila Fafau secara peribadi telah memohon maaf kepada Elly ketika konsert Gegar Vaganza 3 minggu lalu.

Menurut Elly, beliau kebetulan duduk bersebelahan Fafau dan penyampai radio itu memohon maaf kepadanya.

Fara ada menegur saya dan bertanya sekiranya saya marah terhadapnya dan jujur saya memberitahunya saya memang marah. Tetapi saya menghormati Fara kerana dia meminta maaf dan saya terima dengan baik kerana mungkin dia tidak sengaja atau pun tersilap kata.

Memang pada awalnya saya terasa hati tetapi ia perkara kecil dan kami pun sebenarnya tiada sebarang masalah cuma salah faham sahaja. Semuanya sudah selesai.

Alhamdullilah, baguslah kalau Elly tidak lagi memendam rasa dengan gurauan Fafau. Kami juga hormat dengan Fafau yang secara empat mata memohon maaf kepada Elly.  Lebih tenang bukan kalau semua salah faham sudah berakhir.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | November 14th, 2016

Beberapa hari ini nama pengacara Fara Fauzana agak hangat diperkatakan apabila ada sesetengah netizen tidak berpuas hati dengan gurauan Fafau pada malam Muzik-Muzik 31 pada hari Jumaat minggu lepas.

Semuanya bermula apabila Fafau memperkenalkan barisan juri pada program berkenaan yang terdiri daripada Datuk Ramli MS.

Fafau ada mengeluarkan perkataan berbunyi “ Tok Ram jangan risau, tiada yang tarik diri didalam program ini”.

Menurut netizen, Fara sengaja menyindir Elly Mazlein yang menarik diri daripada Gegar Vaganza 3 gara-gara terasa dengan komen Tok Ram.

Malah, kenyataan Fafau di Muzik-Muzik 31 turut mendapat perhatian Elly sendiri yang turut meninggalkan komen di Instagramnya.

Hanya Fafau yang tahu apa yang beliau ucapkan. Harapnya perkara ini tidak lagi berpanjangan dan mungkin Fafau boleh bertemu empat mata dengan Elly Mazlein dan memohon maaf agar tiada lagi salah faham mahupun terasa hati.

Written by Bella | October 26th, 2016

Sejak kebelakangan ini, gosip percintaan Neelofa dan Fattah Amin memang menjadi bualan ramai bukan? Malah, ia mendapat perhatian bekas penyampai radio popular, Fara Fauzana ketika menghadiri program MeleTOP semalam.

Fafau ada mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “ Saya kenal Neelofa dan Fattah bukan taste dia” dan kemudian berpelukan dengan Neelofa.

Rata-rata netizen yang menonton rancangan itu semalam merasa kurang senang dengan kenyataan Fafau apatah lagi ia menerusi program yang disiarkan secara langsung.

Menurut netizen, Fafau seakan memalukan dan mempersendakan Fattah.

Ada juga yang menyarankan agar Fafau membuat permohonan maaf terhadap Fattah.

Mungkin Fafau tidak berniat untuk memalukan Fattah Amin. Apa-apa pun, harap ini dapat memberikan pengajaran buat Fafau di masa hadapan agar tidak menimbulkan salah faham.

Written by Bella | September 29th, 2016

Mengumumkan perkahwinannya dibatalkan pada saat akhir, Fara Fauzana cuba untuk kekal tabah dan mengelak untuk menjelaskan punca ia dibatalkan.  Fara hanya berkongsi keputusan tersebut dibuat kerana beberapa alasan peribadi.

Namun, beliau akui senyuman hanya terukir di bibir tetapi kedukaan tetap terasa didalam hatinya. Walaubagaimanapun, Fara cuba sedaya upaya untuk bangkit dan meneruskan kehidupannya.

Saya cuma nak orang tahu adalah sesuatu yang normal untuk kita berasa sedih. Kalau tiada rasa sedih, maknanya kita bukan seorang manusia atau seseorang yang tidak berhati perut. Namun begitu saya cuba untuk mengatasi perasaan itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saya juga masih seperti dulu kerana tidak boleh berterusan hidup dalam keadaan negatif.

Keputusan yang saya buat itu bukanlah kerana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada sesiapa. Cuma nak beritahu tidak salah kita buat keputusan yang boleh menggembirakan kita serta masa depan yang lebih bermakna.

Mungkin pada sesetengah orang, mereka tidak mampu untuk menerima hakikat apatah lagi ketika memikirkan kata-kata negatif daripada orang ramai.  Buat Fara, sebagai seorang manusia kita kena bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Diakui insiden ini sesuatu yang amat besar pernah berlaku dalam hidup saya. Begitupun ia tidak bermakna saya kena berpura-pura. Tidak salah jika saya tunjukkan yang kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan, lupakan apa yang berlaku dan teruskan kehidupan seperti biasa.

Memang berat untuk kita terus melangkah dan meneruskan hidup jika selalu terkenangkan kisah duka yang berlaku. Redha lah dengan ketentuan takdir dan percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Mungkin Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita pada masa hadapan.

Sumber Berita : BH PLUS