“Mereka Baik, Tak Pernah Bocorkan Privasi..” – Shila Amzah Dedah Rakan Selebriti Kekal ‘Tutup Aib’ Keluarganya

Hiburan

“Mereka Baik, Tak Pernah Bocorkan Privasi..” – Shila Amzah Dedah Rakan Selebriti Kekal ‘Tutup Aib’ Keluarganya

Baru-baru ini, sewaktu menjawab pertanyaan peminat, penyanyi Shila Amzah menyifatkan rakan selebritinya, Jihan Muse, Zara Zya dan Fara Fauzana sebagai teman yang baik kerana kekal menjaga privasi.

Kata Shila, biarpun mereka mengetahui kemelut yang berlaku, ketiga-tiga selebriti itu sentiasa memahami dan kekal menutup aib keluarga.

Advertisement

Seorang peminat bertanyakan soalan di Instagram Story jika rakan-rakan selebritinya itu tahu ataupun tidak mengenai masalah keluarga yang sedang dihadapi oleh penyanyi itu sekarang ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Mereka tahu semuanya tapi mereka memang baik sebab tak pernah lagi privasi kami semua dibocorkan dekat mana-mana. Love #saffjmzz.

Sebelum ini, kemelut adik-beradik Shila Amzah mula tercetus apabila adik bongsunya, Syada Amzah memuat naik hantaran di Instagram Story mendakwa beberapa orang datang ke rumah biarpun tiada sebarang notis yang menyatakan rumah itu bakal dijual.

Sedar adiknya memerli, Shila Amzah tidak mendiamkan diri dan mengakui akan menjual rumah banglo tersebut dengan hasrat mahu membelikan kediaman baru.

syada amzah
7 months ago

"Gilalah.. Rasa Macam Haiwan Strays" - Dah Dibuang, Syada Amzah Dedah Dihalau Rumah Pula?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...