Written by Bella | September 5th, 2016

Semalam rakyat Malaysia khususnya peminat industri hiburan tempatakan dikejutkan dengan berita pembatalan perkahwinan peyampai radio popular Fara Fauzana yang  pada awalnya telah ditetapkan  berlangsung pada 17 September ini.

Susulan pengumuman berkenaan, lelaki yang sepatutnya bergelar suami kepada Fafau iaitu Mohamed Hafiz enggan memberikan sebarang komen sekarang dan bakal menjelaskan perkara sebenar didalam masa beberapa hari lagi.

Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya.

Tambah Hafiz, sebelum ini beliau berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Berita pembatalan perkahwinan  itu disampaikan oleh Fafau sendiri yang mengatakan keputusan itu dibuat atas beberapa alasan peribadi yang  sukar untuk dikongsikan kepada umum.

Sama-sama kita nantikan kenyataan daripada Hafiz, apakah yang sebenarnya menjadi punca perkahwinan beliau dan Fara Fauzana dibatalkan pada saat akhir.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | September 4th, 2016

Sekitar bulan lepas Fara Fauzana telah membuatkan peminatnya merasa gembira apabila memberitahu beliau bakal berkahwin pada 17 September ini. Namun, sebagai  manusia kita hanya mampu merancang dan takdir menentukan segalanya.

Hari ini Fafau mengumumkan satu berita yang agak mengejutkan dimana beliau telah membatalkan perkahwinannya dengan seorang jejaka bernama Hafiz.

Keputusan itu dibuat atas beberapa sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.  Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini satu keputusan yang sukar untuk saya.

Fafau meminta pihak media dan peminat memberinya sedikit ruang untuk menenangkan fikiran dan percaya setiap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya tersendiri.

Sesungguhnya saya yakin apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.  Saya berharap kenyataan yang dikeluarkan ini secara tidak langsung akan menjawab pertanyaan segelintir rakan wartawan yang barangkali sudah menghidu berita ini.

Ketika ini, saya harus mengakui bahawa saya sedang melalui waktu-waktu yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran. Dan saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

Satu berita yang cukup tergempar hari ini . Harapnya Fafau tabah menghadapi perkara ini. Mungkin Allah SWT ingin memberikan sesuatu yang lebih baik buat Fafau di masa hadapan. Soal jodoh ini penuh dengan rahsia.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 3rd, 2016

Mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafiz, ramai sekali yang ingin tahu bagaimanakah rupa bakal suami Fara Fauzana.

Terbaru, ada sumber telah mengirim dua buah foto kepada portal BH ONLINE yang mengatakan jejaka didalam foto berkenaan adalah Hafiz.

Ingin mendapatkan kepastian, pihak BH telah menghubungi Fafau. Namun, selebriti itu tidak mengesahkan ataupun menafikan jejaka tersebut adalah bakal suaminya.

Menurut sumber lain pula, Hafiz dikatakan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. Wah, bukan calang-calang orangnya.

Bukan itu sahaja, Hafiz juga dikatakan sudah mula berjinak-jinak dalam bidang politik.

Ermmh, tidak mengapalah jika Fafau enggan memberikan sebarang komen lanjut. Kita tunggu sahaja sehingga hari pernikahan beliau untuk mengetahui siapakah lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatinya itu. Jika benar lelaki didalam foto berkenaan adalah suaminya, jujur kami katakan mereka agak sepadan juga. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | August 2nd, 2016

Selebriti popular Fara Fauzana semalam telah mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan bernama Hafiz pada 17 September depan.

Ramai yang gembira mendengar berita berkenaan dan Fafau tidak henti mendapat ucapan tahniah dan doa daripada peminat agar majlis raja sehari beliau nanti berjalan dengan lancar.

Namun, masih ada yang kecewa kerana Fafau tidak memperkenalkan jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu kepada umum.

Walaubagaimanapun, Fafau ada berkongsi sedikit mengapa beliau memilih Hafiz untuk dijadikan teman hidupnya.

Menurut Fafau, Hafiz berjaya membuka pintu hatinya kerana mempunyai sikap yang memahami serta pegangan agama yang baik.

Hafiz seorang yang pendiam, penyabar dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia ‘kurang gila’.

Dia juga seorang yang memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri nanti.

Saya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi.

Fafau memberitahu Hafiz menghantar rombongan merisik pada bulan Februari lepas. Tiada majlis pertunangan yang diadakan kerana mereka akan terus bernikah sahaja.

Kita tidak boleh ramal soal jodoh kita bukan? Ada yang cepat ada yang lambat. Kami tahu ramai yang mendoakan kebahagiaan Fafau dan seronok apabila beliau akhirnya bakal berkahwin tidak lama lagi. Semoga segala rencana berjalan dengan lancar buat mereka berdua.

Sumber Berita : Astro Awani