February 17th, 2016

Selepas 10 tahun menyinari hidup pendengar di Malaysia menerusi stesen Hot Fm, Fara Fauzana telah mengumumkan beliau akan mengundurkan diri daripada bidang radio beberapa hari lepas.

Nyata keputusan Fafau itu tidak boleh diterima oleh peminatnya yang sentiasa setia mendengar slot AM Krew setiap pagi.

Jelas Fafau, beliau ingin membuka peluang kepada orang lain untuk cuba menceburi bidang radio selain ingin menggunakan peluang berkenaan untuk mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan.

Nama saya sudah terlalu sinonim dalam dunia radio. Kadang kala saya berasakan seperti menjadi penghalang untuk bakat lain menonjol dalam dunia penyampaian radio.

Jadi, lebih baik saya buka ruang itu kepada orang lain. Selain itu juga, saya dapat memberi ruang kepada diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.

Fafau juga ingin  menumpukan perhatian terhadap kehidupannya termasuklah ingin berumah tangga satu hari nanti.

Pada usia mencecah 36 tahun ini juga, saya berasakan sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan kepada hal peribadi, termasuk memikirkan soal ibu bapa dan rumah tangga.

Tiga lagi penyampai radio  iaitu AG, Ikhwan dan Liza turut mengumumkan pengunduran mereka daripada Hot FM. Selepas ini,mereka akan meneruskan kerjaya di Ultra FM bermula 27 Februari ini.

Tidak dapat dinafikan agak sedih juga mendengar berita Fafau akan berhenti, tetapi beliau juga ingin berehat dan memberikan tumpuan kepada diri sendiri selain mendalami ilmu agama.

Sumber Berita: BH ONLINE

February 15th, 2016

Selepas 10 tahun menceriakan dunia radio tanah air, akhirnya Fara Fauzana telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada bidang tersebut. Berita sedih ini telah diwar-warkan menerusi segmen pagi Hot FM hari ini. Sementara itu rakan-rakan Fafau iaitu AG, Ikhwan dan Liza pula akan meneruskan kerjaya mereka di Ultra FM bermula 27 Februari ini.

fara fauzana berhenti hot fm

Fafau juga turut mengumumkan pengundurannya ini menerusi akaun Instagramnya. Para peminat telah menggunakan kesempatan tersebut untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fafau yang telah menghiburkan mereka sepanjang 10 tahun menjadi deejay radio.

fara fauzana berhenti hot fm

Abang Nara merasakan keputusan ini adalah satu keputusan yang tepat. Lama sangat pun orang bosan juga kan? Mungkin sudah tiba masa untuk Fafau memberi fokus kepada bidang lain. All the best and good luck kepada Fafau dan rakan-rakannya. Semoga terus maju jaya.