Written by Bella | September 19th, 2016

Tanggal 17 September lepas sepatutnya menjadi tarikh bermakna buat Fara Fauzana apabila beliau mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari berkenaan.

Namun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Siapa sangka Fafau terpaksa membatalkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz atas beberapa alasan peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini, Fafau menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik foto sijil kursus ibadah haji dan pada masa yang sama menulis sesuatu berkaitan dengan kemelut yang sedang beliau hadapi ketika ini.

Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita. Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita.

nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua. FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, kita sebagai manusia harus kekal tabah dan redha dengan setiap ketentuan walaupun kadang kala ia agak memeritkan. Siapa tahu selepas ini mungkin Fafau akan dikurniakan dengan sesuatu yang lebih baik dan dilimpahi kebahagiaan.

Written by AbangNara | September 8th, 2016

Minggu ini, berita pembatalan perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini adalah berita paling hangat di dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai spekulasi timbul tentang punca sebenar pembatalan perkahwinan ini. Ada dakwaan menyatakan Hafiz iaitu bakal suami Fara Fauzana sebenarnya sudah berkahwin, namun Hafiz telah tampil menafikan dakwaan tersebut. Sementara itu Fara Fauzana terus menyepi seribu bahasa dan gagal ditemui untuk mendapatkan komen tentang keputusannya ini.

fara fauzana

Ditemui di Bengkel Sekolah Radio iM4U di sini, Fara Fauzana masih enggan memaklumkan punca sebenar pembatalan perkahwinannya itu. Nampak gayanya memang ia akan menjadi rahsia buat selama-lamanya. Tak apalah. Kadangkala memang ada yang terlalu peribadi dan tidak boleh dikongsi. Kata Fara Fauzana:-

Semua ini ketentuan Allah dan segala-galanya sudah dijelaskan. Terima kasih kerana menyokong saya. Tiada apa yang saya mahu cakapkan lagi. Saya kena pergi sekarang… Terima kasih

fafau

Kalau dah Fafau cakap begini, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan yang dilakukan. Sudah pasti Fafau ada alasan yang kukuh untuk membatalkan perkahwinan yang tak sampai 2 minggu lagi untuk dilangsungkan. Semoga ini adalah keputusan terbaik buat Fafau. Satu hari nanti, pasti Fafau akan bertemu jodoh jua akhirnya. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | September 6th, 2016

Pastinya semua terkejut apabila Fara Fauzana membatalkan perkahwinannya walaupun hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum tarikh dirinya disatukan dengan Hafiz. Tidak berkongsi sebarang sebab kerana ia terlalu peribadi, banyak spekulasi tentang pembatalan ini telah bertebaran di Internet. Terbaru, menurut Harian Metro, punca sebenar pembatalan ini tidak lain tidak bukan kerana Hafiz sebenarnya sudah pun berkahwin dan merupakan suami orang.

fafau suami orang

Menurut sumber, Hafiz sebenarnya sudahpun berkahwin dan hal itu selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Fara sehinggalah tarikh perkahwinan mereka semakin dekat. Namun apabila ianya ‘pecah tembelang’, Fara akhinrnya terpaksa membatalkannya kerana tidak mahu bermadu dalam senyap. Untuk info, Hafiz yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pemuda Umno satu bahagian di Lembah Pantai sejak awal didakwa tidak pernah berterus-terang mengenai statusnya itu. Tulis Harian Metro:-

Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya kantoi dengan Fara. Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal. Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh.

fafau suami orangKesahihan perkara ini hanya akan dapat diketahui apabila Hafiz atau Fafau tampil mengesahkannya. Apa pun inilah yang dikatakan tiada jodoh. Kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan. Semoga akan ada lelaki yang lebih baik buat Fafau di luar sana. Sama-sama kita doakan.

_________________________________________________________

Dapatkan koleksi kurta lelaki terbaru W.A yang terdiri dari pelbagai jenis warna, serta blouse wanita rekaan pereka fesyen baru, Zaff Najib. Terdapat 9 warna untuk Kurta Johore dan 5 warna untuk Kurta Maleque. Untuk blouse wanita, terdapat pelbagai corak dan warna blouse dengan harga yang berpatutan. Layari web www.wa-clothing.com atau ikuti Instagram W.A di wa.clothing. Anda juga boleh Whatsapp di nombor 017-6834300 untuk informasi mengenai stok. Dapatkan segera sementara stok masih ada.

 photo unnamed.jpg

Written by Bella | August 3rd, 2016

Mengumumkan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafiz, ramai sekali yang ingin tahu bagaimanakah rupa bakal suami Fara Fauzana.

Terbaru, ada sumber telah mengirim dua buah foto kepada portal BH ONLINE yang mengatakan jejaka didalam foto berkenaan adalah Hafiz.

Ingin mendapatkan kepastian, pihak BH telah menghubungi Fafau. Namun, selebriti itu tidak mengesahkan ataupun menafikan jejaka tersebut adalah bakal suaminya.

Menurut sumber lain pula, Hafiz dikatakan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London. Wah, bukan calang-calang orangnya.

Bukan itu sahaja, Hafiz juga dikatakan sudah mula berjinak-jinak dalam bidang politik.

Ermmh, tidak mengapalah jika Fafau enggan memberikan sebarang komen lanjut. Kita tunggu sahaja sehingga hari pernikahan beliau untuk mengetahui siapakah lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatinya itu. Jika benar lelaki didalam foto berkenaan adalah suaminya, jujur kami katakan mereka agak sepadan juga. Hehe..

Sumber Berita : BH ONLINE