September 19th, 2016

Tanggal 17 September lepas sepatutnya menjadi tarikh bermakna buat Fara Fauzana apabila beliau mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada hari berkenaan.

Namun, manusia hanya mampu merancang tetapi takdir menentukan segalanya. Siapa sangka Fafau terpaksa membatalkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz atas beberapa alasan peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini, Fafau menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik foto sijil kursus ibadah haji dan pada masa yang sama menulis sesuatu berkaitan dengan kemelut yang sedang beliau hadapi ketika ini.

Ikut tarikh ikut hati ikut sijil dah tiba masanya tapi setiap apa yg kita rancang hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untuk kita. Doakan agar Allah izinkan FF utk menjadi tetamu ditahun hadapan agar melengkapi rukun Islam kita.

nota: ramai yg berkata ramai yg bertanya tp siapa la saya untuk menahan semua cuma mohon jgn salahkan sesiapa kerana percaya setiap kata itu juga adalah doa yg terbaik bukan sahaja untuk saya tapi semua. FF ucapkan terima kasih semua for making me a stronger person today. may Allah guide us all. love.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri, kita sebagai manusia harus kekal tabah dan redha dengan setiap ketentuan walaupun kadang kala ia agak memeritkan. Siapa tahu selepas ini mungkin Fafau akan dikurniakan dengan sesuatu yang lebih baik dan dilimpahi kebahagiaan.


Comments are closed.

Loading...