Written by AbangNara | March 10th, 2014

Kalau anda tidak tahu, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun mencecah lebih 100,000 LIKE. Satu angka yang amat mendadak sekali kenaikannya. Kalau tak silap Abang Nara, angka ini tercapai kurang daripada 48 jam. Menariknya di laman ini banyak gambar-gambar yang tidak pernah dipampangkan di mana-mana media turut dikongsikan oleh pengendalinya.

hanez suraya

Namun begitu menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya berkata yang dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman Facebook ini. Kata Hanez Suraya:-

Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis. Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya

hanez dan romie

Malah Hanez Suraya turut memaklumkan sebahagian gambar yang dikongsi di laman sosial itu tidak ada kaitan dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya. Hmmmm….. Mungkin Hanez terkejut kerana ada paparazi yang berjaya merakamkan gambarnya bersama Romie di Melaka baru-baru ini (gambar di atas) dan seterusnya dimuatnaik ke laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan. Diharap Hanez lebih berhati-hati kerana gerak gerinya kini sememangnya diperhatikan orang ramai.
contourP.S: Sekali cuba, baru tahu betapa powernya De’ Contour ini. Rendah gula dan tinggi kandungan protein.  Terbaik untuk mencantikkan kulit dan mengurangkan berat badan. Pasti kulit akan lebih anjal dan rambut lebih lebat. Dapatkan segera di www.azaleadenaturale.com

Written by AbangNara | March 6th, 2014

Wow. Makin menarik nampaknya perkembangan kontroversi antara Hanez Suraya, Romie dan Liyana Manan. Ternyata rakyat Malaysia hampir kesemuanya simpati dengan nasib yang menimpa Liyana Manan. Abang Nara yakin kaum isteri dan ibu di luar sana dapat merasai penderitaan dan betapa sedihnya hati Liyana mengharungi dugaan ini. Atas dasar mahu menunjukkan sokongan, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun ditubuhkan.
hanez romie
Tak sampai sehari ditubuhkan, telah lebih 6,000 LIKE diperolehi untuk laman ini. Nampaknya Liyana Manan tidak berseorang mengharungi cabaran ini. Semoga dengan kata-kata sokongan yang ditulis oleh pembaca di laman ini akan menaikkan lagi semangat Liyana. Menariknya, laman ini turut digunakan untuk berkongsi beberapa lagi gambar mesra Hanez Suraya dan Romie.

hanez romieSenang cerita, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan turut bertindak sebagai CSI untuk membongkar apa yang telah dilakukan oleh Hanez bersama Romie. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.