April 19th, 2012

Masih bercerita tentang si cantik Fazura. Semalam Abang Nara berjalan-jalanlah di Facebook rasmi Fazura dan terbaca satu status yang sangat menarik. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura kerana mahukan watak yang tidak bersentuhan dengan lelaki. Satu perkembangan yang sangat baik.

fazura

Tambah menarik apabila Fazura turut berkongsi berita tentang perniagaannya yang akan dilancarkan pada bulan Mei ini. Namun buat masa ini Fazura masih lagi merahsiakan apakah perniagaan yang bakal dijalankan. Tekaan Abang Nara pastinya perniagaan tersebut berkait rapat dengan kecantikan wanita.

fazura

Semoga lebih ramai artis wanita bakal mengikut jejak langkah Fazura dengan meminta watak yang tidak bersentuhan dengan lelaki. Sekiranya makin ramai yang membuat permohonan sebegini, pastinya pihak penerbit akan terpaksa menurut. Tak gitu? Tahniah kepada Fazura atas perubahan besar ini.

December 6th, 2011

Katakanlah Abang Nara lembap, tak ikut perkembangan zaman or what so ever kerana masih mahu berkongsi gambar Fazura pada FFM24 yang telah lama berlalu. Abang Nara rela dikutuk dan dicaci oleh anda semua asalkan peminat Fazura gembira melihat kesuperan kegorgeousan Fazura pada malam tersebut.

gambar fazura

Abang Nara dah lama perhati Fazura nie dan dia sememangnya pandai memilih baju ketika menghadiri function-function. Dan ternyata pilihan baju Fazura mampu menyerlahkan lagi kecantikan Fazura. Tak gitu? Lagi 8 gambar Fazura sekitar FFM24 hasil bidikan MediaHorizon dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Sudah lebih 249 orang akan menikmati kelazatan kek daripada Suchan Bakery. Boleh dibeli dengan harga RM25 menerusi MilkADeal. Harga asalnya ialah RM48 ringgit. Abang Nara serious terliur tengok gambar kek nie.

milkadeal

Dapatkan hari ini juga di laman web MilkADeal.

gambar fazura

gambar fazura

gambar fazura

gambar fazura

gambar fazura

gambar fazura

gambar fazura

gambar fazura

November 30th, 2011

Ada dua sisi yang berbeza bagi Nur Fazura untuk majalah GLAM dan majalah EH! kali ini. Namun kedua-duanya tetap menyerlahkan kecantikan Fazura. Kesimpulannya, orang kalau dah cantik, buatlah fesyen tangkap gambar macam mana pun, tetap akan timbul kecantikannya. Tak gitu?

fazura glam eh

Secara jujur Abang Nara lebih menggemari sisi Fazura yang tampak ceria untuk cover majalah EH!. Anda pulak suka yang mana satu?

fazura glam eh

Apa pun Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Fazura kerana pada tahun 2011 ini Abang Nara nampak populariti dan mutu lakonan Fazura semakin mantap. Semoga perkembangan sihat ini dapat dibawa ke tahun 2012 kelak. Sila LIKE Facebook Fazura tanda sokongan anda kepada si cantik manis ini.

February 21st, 2011

fazura duta lux

Ramai rasanya pembaca BeautifulNara adalah peminat Fazura. Abang Nara godek-godek Facebook Fazura sebentar tadi dan jumpa lagi beberapa keping gambar Fazura semasa majlis perlantikannya menjadi duta Lux. Jangan lupa ke Facebook Fazura untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

Lagi gambar Fazura di sekitar majlis Lux dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Pernah tengok kedai basuh haiwan?

fazura duta lux

fazura duta lux

fazura duta lux

fazura duta lux

fazura duta lux

fazura duta lux