July 1st, 2016

Abang Nara pernah juga dulu-dulu muntah dalam 5,6 kali sehari. Itu pun ketika wife tercinta mengandungkan anak pertama. Memang seksa kalau muntah nie. Perut dah kosong tak ada apa, tapi masih rasa mual. Sampai rasa nak terkeluar usus. Itu baru 5,6 kali sehari. Abang Nara tak boleh bayangkan Ezad Lazim yang muntah sampai 20 kali sehari. Ish, ish, ish. Sengsaranya.

ezad lazim

Kemungkinan besar Ezad Lazim terkena buatan orang. Ezad mula muntah sejak 22 Jun yang lalu. Yang peliknya, doktor yang check pun tak tahu apa penyakit yang dialaminya sampai muntah-muntah 20 kali sehari. Kata isteri Ezad:-

Doktor pun tiada jawapan mengapa Ezad muntah dengan begitu kerap. Sampaikan kami dicadangkan untuk membuat rawatan secara tradisional pula. “Saya sedih melihatnya. Setiap hari, lebih 20 kali dia muntah. Nak makan pun susah, malah walaupun diberi sebiji kurma, dia tetap akan muntah semula. “Sekarang Ezad berada di kampung. Sekurang-kurangnya, dia bersama keluarga untuk mendapatkan semula semangat bagi kembali sihat.

Ustaz itu kata, ia bermula dengan saya. Saya sakit kanser sebelum ini kerana buatan orang. Kemudian orang yang sama pula cuba mengganggu Ezad. “Tetapi kami tidak mahu cepat melatah, dan mungkin ustaz itu silap. Entah, saya pun tak tahu hendak cakap apa, dan tidak pasti sama ada mahu mempercayainya atau tidak. Bagaimanapun saya dan Ezad ambil perkara ini secara positif.

ezad lazim

Tak pernah pulak Abang Nara dengar sakit kanser sebab buatan orang. Macam tak boleh percaya je ustaz tue. Iyerlah zaman sekarang ramai je gunakan nama ustaz untuk mengaut keuntungan. Bersabarlah Ezad. Ini semua dugaan di bulan penuh mulia untuk anda. Balik kampung, cuba rawatan tradisional secepat mungkin. Mana tahu ia akan berkesan. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

ezad lazim

potong rambut ala retro di Sunway Pyramid

P.S: Hujung minggu ini buat apa? Kalau yang tak balik kampung lagi tue, jom kita ramai-ramai serbu Sunway Pyramid. Dengan tema ‘retro klasik’ untuk Aidilfitri kali ini, Sunway Pyramid menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan juga voucher-voucher untuk mereka yang membeli belah di sini. Selain bershopping, korang boleh dapatkan sampul kad raya ekslusif dan juga gunting rambut ala-ala retro. Itu belum kira persembahan retro yang confirm akan membuatkan korang mengimbau kenangan dulu.

ezad lazim

Semua ini dan banyak lagi sedang berlangsung di Sunway Pyramid sehingga 10 Julai 2016. Jom ramai-ramai kita serbu hujung minggu. Kalau yang raya di KL tue, boleh juga serbu time hari raya nanti. Tak adalah sedih sangat tak dapat nak balik kampung. Tak gitu?
.

March 31st, 2013

Semalam, 30 Mac 2013 telah berlangsung majlis pernikahan bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim dengan seorang wanita yang dipilih oleh ibunya, Nor Azeana Haji Ramli. Kelihatan sayu pada wajah Ezad setelah dijabkabulkan.


Majlis pernikahan mereka berlangsung jam 10.40 pagi. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Haji Ramli Talib dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.

Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Philosophy Pictures.











November 30th, 2012

Bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim telah mengesahkan yang pertunangannya dengan pembantu peribadi Asliza Abdullah telah putus seminggu lepas.
Ezad yang kini berusia 33 tahun memberitahu mStar Online yang percintaan empat tahun mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.

Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan perhubungan ini.

Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu…

Ezad dan Azliza bertunang 1 Jun lepas dan sepatutnya berkahwin Julai 2012. Walaupun ada khabar angin yang mengatakan pertunangan tersebut putus kerana pihak perempuan tidak bersungguh-sungguh, Ezad meminta agar tiada siapa yang dipersalahkan.

Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini.

Ezad turut mengakui sudah serik bercinta dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT sahaja selepas ini. Dia turut memberitahu akan memfokuskan kepada kariernya selepas ini.

Untuk makluman anda, hari ini ialah ulangtahun kelahiran Ezad yang ke 33. Semoga sukses selalu dari kami di BeautifulNara.com. Kredit gambar Fanpage Ezad Lazim FC.