Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ezad Lazim Akui Putus Tunang, Sudah Serik Bercinta

Bekas penyanyi kumpulan Exists, Ezad Lazim telah mengesahkan yang pertunangannya dengan pembantu peribadi Asliza Abdullah telah putus seminggu lepas.
Ezad yang kini berusia 33 tahun memberitahu mStar Online yang percintaan empat tahun mereka tidak sampai ke jinjang pelamin.

Nak buat macam mana, mungkin kami tidak ada jodoh untuk hidup bersama. Lain yang dirancang, lain pula yang terjadi.

Advertisement

Inilah kali pertama saya melalui pengalaman putus tunang dan ia bukannya mudah kerana saya begitu serius dengan perhubungan ini.

Bagaimanapun saya masih lagi mengharapkan sesuatu yang baik terjadi antara kami, manalah tahu…

Ezad dan Azliza bertunang 1 Jun lepas dan sepatutnya berkahwin Julai 2012. Walaupun ada khabar angin yang mengatakan pertunangan tersebut putus kerana pihak perempuan tidak bersungguh-sungguh, Ezad meminta agar tiada siapa yang dipersalahkan.

Saya harap tiada yang menuding jari kepada sesiapa tentang hal putus tunang ini. Bagi saya ia adalah satu pengajaran dan iktibar yang besar buat kami berdua.

Bukan mudah juga untuk saya membuat kenyataan sebegini kepada pihak media kerana saya sendiri tak tahu untuk jawab apa apabila disoal tentang hal ini.

Ezad turut mengakui sudah serik bercinta dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT sahaja selepas ini. Dia turut memberitahu akan memfokuskan kepada kariernya selepas ini.

Untuk makluman anda, hari ini ialah ulangtahun kelahiran Ezad yang ke 33. Semoga sukses selalu dari kami di BeautifulNara.com. Kredit gambar Fanpage Ezad Lazim FC.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 Comments

  1. Ratu minah jambu merah / biru

    November 30, 2012 at 5:50 pm

    ni lah akibat nye tunang lama sangat….kenape tk kawin ? n kenape tunang lama2? duit tk cukop lagi ke ? hantaran sampai Rm10 ribu ke ?

  2. JiwaKental

    November 30, 2012 at 4:39 pm

    Kalaupun rambut dia dah botak, tak berpelajaran … ada dia kacao periuk nasi korang? Kalau dah bukan Jodoh dia ngan that girl, kita doakan je supaya dia berjaya dalam hidup & karier pada masa depan, ni tau main kutuk jer la… cuba bagi motivasi sikit.. aparaaaa!!

  3. sara

    November 30, 2012 at 2:20 pm

    jodoh itu rahsia Allah…manusia hanya merancang, Allah yg menentukan…sememangnya ada perasaan kecewa, tp ada hikmah di sebalik apa yg berlaku.
    Allah xkn menguji seseorg hambaNya di luar kemampuan seseorang itu.
    sememangnya banyak dugaan dalam tempoh bertunang, tidak dinafikan..saya pun melalui semua tu. :-)
    Alhamdulillah pertunangan kekal & akan nikah x lama lg. :-)

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top