Written by Bella | September 9th, 2015

Apabila Erma Fatima memfailkan cerai terhadap suaminya Bade Hj Azmi beberapa bulan lepas, ramai yang terkejut dan seakan tidak sangka bahawa penerbit itu akan bertindak sebegitu kerana beliau nampaknya tidak mempunyai masalah dengan Bade mahupun madunya, Aida Abdul.

Ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar yang telah menggugat rumah tangga mereka yang dibina hampir 27 tahun lamanya.  Namun, Erma menjelaskan biarlah perkara tersebut hanya mereka suami isteri sahaja yang tahu.

Meskipun sudah membuat keputusan untuk berpisah dengan Bade, Erma bagaimanapun tidak menyangkal bahawa Bade seorang suami yang baik.

Mengenai bahtera perkahwinan kami, dan apa yang berlaku itu biar saya dan Bade sahaja yang tahu. Bagi saya Bade seorang suami yang baik serta rakan rapat saya yang sangat positif.

Tiada sebab untuk kami nak bergaduh dan berselisihan faham sehingga tidak bertegur sapa. Apa yang berlaku ke atas perhubungan saya itu ada sebabnya, jadi tak perlu saya nak war-warkan dengan lebih mendalam.

Berbicara mengenai kenyataan Bade sebelum ini yang memberitahu beliau tidak megetahui akan permohonan tersebut dan sekerasnya tidak mahu meneruskan dengan penceraian berkenaan, Erma yakin bahawa Bade sudah di maklumkan mengenai permohonan cerai beliau dan menganggap suaminya itu memerlukan sedikit masa untuk bertindak ke langkah yang seterusnya.

Saya kenal sikap Bade itu, hampir 27 tahun kami bersama dan seharusnya kami sudah kenal antara satu sama lain. Apa-apa pun yang berlaku antara kami berdua, Bade tetap menjadi ayah kepada anak-anak kami. Apa yang saya mampu buat ialah berdoa kepada Allah agar kesemuanya dapat diselesaikan dengan kehendak-Nya.

Hurm…kalau sebelah pihak sahaja yang tidak mahu melepaskan dan pihak satu lagi ingin bebas, mungkin sudah ketentuan untuk mereka tidak bersama lagi. Erma Fatima sendiri tetap mahu meneruskan niatnya itu dan tidak semestinya selepas bercerai mereka akan bermusuhan bukan? Tetapi terus-terang kami masih lagi menyimpan harapan agar pasangan ini mampu lagi mempertahakan rumah tangga mereka.

Sumber Berita: Murai

Written by Bella | August 28th, 2015

Pengarah Bade Hj Azmi telah di arahkan untuk melantik jawatankuasa pendamai oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas Bade tidak mahu menceraikan isterinya tetapi Erma selaku plaintif tetap nekad dan mahu bercerai.

Sebenarnya, jawatankuasa pendamai itu akan membantu kedua-dua pihak  berbincang dan membuat keputusan dengan persetujuan mereka selain menyiasat sekiranya wujud shiqa’ ( perbalahan berpanjangan) di dalam rumah tangga mereka.

Terdahulu, Erma telah memfailkan cerai pada awal Mei lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.

Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.

Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.

Kami yakin Bade masih lagi menyayangi Erma Fatima dan anak-anak mereka dan sebolehnya mahu mempertahakan rumah tangga mereka. Lagipun hubungan mereka agak baik bersama. Doakan yang terbaik buat mereka, siapa tahu dengan ketentuan Allah SWT Erma akan berlembut hati.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | August 11th, 2015

Rasanya baru sahaja kita melihat kegembiraan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima menyambut Aidilfitri bersama anak-anak mereka dan ia cukup menyentuh hati peminat sehingga ramai yang mendoakan agar mereka terus bersama tetapi Erma nampaknya masih meneruskan niat beliau untuk berpisah.

Walaubagaimanapun, Bade nampaknya seakan tidak bersetuju dengan keputusan Erma sehingga Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terpaksa mengeluarkan notis amaran terakhir kepada beliau kerana gagal menghadirkan diri bagi kes permohonan cerai yang dibuat oleh Erma.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas peguam yang mewakili Erma iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman membuat permohonan keapda pihak mahkamah untuk tidak mengeluarkan waran tangkap kepada Bade.

Plaintif meminta agar tidak dikeluarkan waran tangkap terhadap defendan dan ingin memberinya peluang untuk hadir pada sebutan seterusnya.

Menurut Jamal, beliau tidak mengetahui dengan jelas punca sebenar mengapa Bade tidak dapat hadir semalam. Apa yang beliau tahu buat masa ini pengarah filem itu sedang berada di luar kawasan dan berharap beliau akan hadir pada persidangan akan datang.

Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.

Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.

Sebelum ini, Bade pernah menyatakan beliau tidak mahu bercerai dengan Erma dan daripada percakapannya itu kita boleh lihat bahawa beliau masih lagi sayangkan isterinya itu. Apa-apapun semuanya bergantung kepada ketentuan takdir, doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | August 4th, 2015

Apabila penerbit Erma Fatima mengesahkan beliau bakal bercerai dengan suami Bade Hj Azmi, ramai yang tidak percaya dengan berita tersebut dan mereka mula tertanya-tanya apakah ia benar berlaku ataupun gosip sahaja kerana baru-baru ini, Erma dan Bade sama-sama menyambut Aidilfitri bersama keluarga Erma.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Erma juga Bade disamping anak-anak mereka dan ahli keluarga yang lain.

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, beliau melaporkan bahawa teman rapat Erma menjelaskan beliau sudah cuba untuk hidup bermadu sepanjang tempoh setahun lepas.

Namun, ada beberapa perkara yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpisah dengan Bade tetapi Erma enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya kepada umum.

Tidak dapat dinafikan, menerusi foto yang dimuat naik oleh Erma di Instagram jelas terpancar kebahagiaan mereka sekeluarga. Walaubagaimanapun, semuanya bergantung pada takdir dan ketentuan ilahi, doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: Harian Metro