Gagal Hadir Kes Cerai : Mahkamah Keluarkan Notis Amaran Terakhir Kepada Bade Hj Azmi

Hiburan

Gagal Hadir Kes Cerai : Mahkamah Keluarkan Notis Amaran Terakhir Kepada Bade Hj Azmi

Rasanya baru sahaja kita melihat kegembiraan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima menyambut Aidilfitri bersama anak-anak mereka dan ia cukup menyentuh hati peminat sehingga ramai yang mendoakan agar mereka terus bersama tetapi Erma nampaknya masih meneruskan niat beliau untuk berpisah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Bade nampaknya seakan tidak bersetuju dengan keputusan Erma sehingga Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terpaksa mengeluarkan notis amaran terakhir kepada beliau kerana gagal menghadirkan diri bagi kes permohonan cerai yang dibuat oleh Erma.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas peguam yang mewakili Erma iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman membuat permohonan keapda pihak mahkamah untuk tidak mengeluarkan waran tangkap kepada Bade.

Plaintif meminta agar tidak dikeluarkan waran tangkap terhadap defendan dan ingin memberinya peluang untuk hadir pada sebutan seterusnya.

Menurut Jamal, beliau tidak mengetahui dengan jelas punca sebenar mengapa Bade tidak dapat hadir semalam. Apa yang beliau tahu buat masa ini pengarah filem itu sedang berada di luar kawasan dan berharap beliau akan hadir pada persidangan akan datang.

Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.

Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.

Sebelum ini, Bade pernah menyatakan beliau tidak mahu bercerai dengan Erma dan daripada percakapannya itu kita boleh lihat bahawa beliau masih lagi sayangkan isterinya itu. Apa-apapun semuanya bergantung kepada ketentuan takdir, doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...