Written by Bella | October 5th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Erin Malek yang kini sedang hamil anak kedua beliau bersama suami Farriz Fauzy.

Berita gembira itu di umumkan oleh Erin sendiri menerusi akaun Instagramnya berserta foto keluarga bahagia beliau.

Cant wait to see your lil sister soon Faliq  InsyaAllah agar semuanya dipermudahkan, Amin. #faliqsgonnabeabigbrother.

Rata-rata peminat Erin mengucapkan tahniah kepada beliau dan mendoakan kebahagiannya bersama orang baharu yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Sekali lagi kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah kepada Erin Malek dan suami. Semoga segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Instagram Erin Malek

Written by Bella | April 29th, 2015

Erin Malek yang sebelum ini merasa agak terkilan apabila foto ultrasound bayinya tersebar di Internet tanpa kebenaran beliau telah memaafkaan individu tidak bertanggungjawab itu dan enggan terus sakit hati dan tertekan memikirkan soal tersebut.

Saya tertekan apabila terkenangkan hal itu tetapi tidak mengapa. Saya tidak mahu terus tertekan kerana dalam keadaan sekarang saya harus pastikan kandungan berada dalam keadaan baik. Jadi, saya maafkan orang itu.

Mengakui merasa rindu untuk beraksi di kaca televisyen, Erin bagaimanapun memberitahu beliau merasa seronok menjadi seorang suri rumah dan tidak sabar untuk menanti kelahiran bayi kembarnya pada bulan September nanti.

Setiap hari saya nikmati keseronokan sebagai wanita mengandung.

Saya banyak habiskan masa di rumah, banyak membaca tentang kehamilan. Saya buat senarai barang-barang keperluan untuk menyambut kelahiran cahaya mata kami tetapi satu barangan bayi saya belum beli lagi sebab masih awal lagi. Saya bersyukur kerana memiliki seorang suami yang sangat memahami.

Ramai yang gembira buat Erin apabila menerima berita beliau hamil anak kembar, sudah tentu mereka ingin mengetahui jantina bayi tersebut. Namun, buat masa ini Erin mahu merahsiakannya sehingga tiba masa yang sesuai nanti.

Mengandung di usia muda banyak kelebihannya, badan pun masih kuat tetapi harus dijaga juga dari segi pemakanan dan aktiviti seharian. Kami berdoa agar Erin Malek bersalin dengan lancar dan semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

Written by Bella | March 16th, 2015

Baru-baru ini, Erin Malek dikatakan sudah berbadan dua apabila sebuah foto imbasan kehamilan di tersebar di media sosial. Berdasarkan imbasan tersebut beliau nampaknya sedang hamil anak kembar. Berita tersebut sememangnya disambut dengan baik dan rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Erin atas kurniaan tersebut.

Walaubagaimanapun, Erin sebenarnya merasa agak sedih dan kesal kerana foto tersebut telah tersebar secara meluas sedangkan ia  hanya dikongsikan bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.

Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini.

Tidak pernah merancang mempunyai anak, Erin juga menepis dakwaan bahawa beliau dan suami Farriz Fauzy menjalani rawatan untuk memperolehi anak kembar.

Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup.

Kami memang tidak pernah merancang bila hendak mempunyai anak. Tahu-tahu sahaja ALLAH sudah aturkan semua ini.

Rezeki sudah tertulis untuk Erin Malek dan suami mendapat anak kembar tanpa memerlukan sebarang rawatan. Buat masa ini, adalah lebih baik untuk kita semua mendoakan kehamilan beliau sihat dan baik-baik sahaja pada peringkat awal ini.

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 

Written by Bella | March 6th, 2015

Pelakon Erin Malek  disahkan mengandung anak pertama bersama suami Farriz Fauzy setelah hampir lima bulan mendirikan rumah tangga.

Berita ini telah disahkan sendiri oleh ahli keluarga aktres jelita tersebut.Menambah keterujaan mereka, Erin dikatakan sedang hamil anak kembar berdasarkan sebuah foto yang dikongsikan oleh beliau.

Tahniah buat Erin dan suami, nampaknya selepas ini bertambah lagi lah kebahgiaan serta kasih sayang anda berdua, lebih-lebih lagi bakal menerima cahaya mata kembar. Buat  masa ini, Erin harus membataskan sedikit pergerakannya supaya kandungan kekal sihat dan kuat.

Sumber Berita: Berita Harian