March 16th, 2015

Baru-baru ini, Erin Malek dikatakan sudah berbadan dua apabila sebuah foto imbasan kehamilan di tersebar di media sosial. Berdasarkan imbasan tersebut beliau nampaknya sedang hamil anak kembar. Berita tersebut sememangnya disambut dengan baik dan rata-rata peminat telah mengucapkan tahniah kepada Erin atas kurniaan tersebut.

Walaubagaimanapun, Erin sebenarnya merasa agak sedih dan kesal kerana foto tersebut telah tersebar secara meluas sedangkan ia  hanya dikongsikan bersama ahli keluarga terdekat sahaja.

Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.

Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini.

Tidak pernah merancang mempunyai anak, Erin juga menepis dakwaan bahawa beliau dan suami Farriz Fauzy menjalani rawatan untuk memperolehi anak kembar.

Ada yang kata saya buat dan macam-macam lagi. Walhal semua ini rezeki dari ALLAH SWT. Tetapi mulut orang, saya tak boleh nak tutup.

Kami memang tidak pernah merancang bila hendak mempunyai anak. Tahu-tahu sahaja ALLAH sudah aturkan semua ini.

Rezeki sudah tertulis untuk Erin Malek dan suami mendapat anak kembar tanpa memerlukan sebarang rawatan. Buat masa ini, adalah lebih baik untuk kita semua mendoakan kehamilan beliau sihat dan baik-baik sahaja pada peringkat awal ini.

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 


Comments are closed.

Loading...