June 16th, 2017

Drama Hero Seorang Cinderella bukan sahaja tertumpu kepada pelakon utamanya sahaja tetapi juga buat Uqasha Senrose yang membawakan watak antagonis iaitu Puteri . Kata orang, setiap kelakuan jahat Puteri yang selalu cemburukan kebahagiaan Nura Media lakonan Fazura  sangat memberikan kesan kepada penonton.

Pernah menerima pelbagai kritikan mengenai lakonannya, Uqasha meluahkan rasa syukur kerana akhirnya penonton sudah mula nampak bakatnya sebagai pelakon.

Alhamulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon. Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja.

Kadang-kadang sesuatu watak itu juga penting untuk menyerlahkan lagi bakat lakonan yang ada. Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan kepada Uqasha yang berjaya membawakan watak dalam HSC dengan baik.

Sumber Berita : mStar Online

June 9th, 2017

Meskipun drama Suri Hati Mr Pilot sudah berakhir dan wujud pula fenomena baru iaitu Fattzura sejak drama Hero Seorang Cinderella ditayangkan, masih ada juga peminat yang mahu membandingkan lakonan Neelofa  dan Fazura.

Isu ini mendapat perhatian pengarah kedua-dua drama tersebut , Michael Ang yang meminta agar peminat berhenti membuat perbandingant kerana Neelofa dan Fazura  membawakan watak dan berlakon di dalam dua drama berbeza.

Tidak adil untuk mengatakan mana satu yang lebih menyerlah sebab watak Neelofa dan Fazura dalam kedua-dua drama lain.  Begitu juga dengan watak Fattah, sangat berbeza. Tetapi keserasian antara mereka saya lihat sama. Kedua-dua mereka mempunyai keserasian dan memberi apa yang dituntut dalam skrip.

SHMP dan HSC mendapat sambutan yang agak hangat dan pastinya mempunyai peminat mereka tersendiri. Biasalah, setiap pandangan peminat itu berbeza dan mereka akan puji artis kesayangan mereka. Apa-apa pun, Neelofa ataupun Fazura kedua-duanya mempunyai gaya lakonan mereka tersendiri dan benar apa yang dikatakan oleh Michael, tidak adil untuk kita terus membuat perbandingan.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

June 8th, 2017

Sebelum ini, pelakon jelita Uqasha Senrose sering menerima kecaman dan kritikan daripada netizen yang mengatakan lakonan beliau tidak bagus ataupun “kayu” dan hanya dikenali menerusi kontroversinya sahaja.

Namun, kini semua persepsi itu sudah berubah. Melakonkan watak adik tiri kepada Fazura didalam drama Hero Seorang Cinderella, lakonan Uqasha kini mendapat perhatian ramai.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa watak Puteri yang gedik dan sering busuk hati kepada Medina berjaya dilakonkan dengan baik oleh Uqasha.

Kami sejujurnya masih belum berkesempatan untuk menonton drama HSC. Apa pula pendapat korang tentang lakonan Uqasha sebagai Puteri? Berikan komen anda dibawah.

June 7th, 2017

Beberapa hari lepas sebuah portal akhbar tempatan melaporkan aktor Fattah Amin sudah bertemu dengan keluarga Fazura dan dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing . Fattah juga dikatakan sedang berusaha untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.

Walaubagaimanapun,  Fattah hari ini menjelaskan tiada pertemuan rasmi dengan keluarga Fazura dan mereka tidak pernah berbincang untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami. Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain. Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini.

Nampaknya peminat Fattzura pasti kecewa dengan kenyataan ini. Iyalah, mereka baru sahaja gembira dan teruja mendengar berita kedua-dua selebriti pujaan mereka ingin menjalinkan hubungan serius.  Jangan sedih-sedih la ye..

Sumber Berita  : Harian Metro