Written by Bella | September 21st, 2015

Hubungan yang terjalin antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukan lagi satu cerita baru, walaupun sering kelihatan bersama dan rapat di dalam setiap foto mereka bersama, Kamal bagaimanapun masih lagi belum memikirkan soal kahwin buat masa ini.

Buat Kamal, beliau dan Emma masing-masing memerlukan lagi masa untuk benar-benar mengenali hati budi masing-masing dan mahu benar-benar bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Bagilah masa kepada saya dan Emma untuk mengenali dengan lebih rapat. Saya tak mahu terburu-buru dalam soal ini dan perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Bukan tak mahu berkahwin tapi biarlah saya benar-benar bersedia boleh memikirkan untuk ke fasa seterusnya.

Umum mengetahui Kamal dan Emma pernah gagal dalam percintaan dan sekarang Kamal masih lagi membina semula rasa cintanya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Malah, beliau juga berjanji tidak akan menyorok sebarang berita gembira jika jodoh berpihak pada mereka suatu hari nanti.

Sekarang saya masih lagi membina semula rasa cinta. Dulu saya pernah terjatuh dan sekarang fasa untuk bangun semula. Buat masa sekarang tiada yang mahu didedahkan kepada umum. Doakan yang terbaik untuk kami. Insya-Allah kalau ada perancangan besar nanti akan saya umumkan kepada semua.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, bab kahwin ini tidak boleh terburu-buru ambil lah masa untuk mengenali pasangan dengan lebih baik sebelum berkahwin.  Nak cari teman hidup ini biarlah yang betul-betul boleh terima antara satu sama lain dengan seadanya baik di hari buruk mahupun bahagia.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | June 11th, 2015

Digosipkan sedang hangat bercinta, Kamal Adli telah membuat keputusan menolak untuk digandingkan bersama Emma Maembong dalam mana-mana sesi fotografi bagi majalah ataupun akhbar kerana tidak mahu hubungan mereka disalah tafsir.

Ada yang minta untuk menggandingkan kami dalam sesi fotografi tetapi rasanya lebih baik kami tidak berbuat demikian. Ini kerana nanti akan timbul pelbagai cerita kurang enak seperti mana berlaku sebelum ini.

Mengakui Emma satu-satunya wanita  yang paling rapat dengan beliau sekarang, Kamal bagaimanapun menjelaskan sekali lagi mereka hanya bersahabat buat masa ini  dan langsung tidak memikirkan soal percintaan.

Benar kami rapat tetapi sebagai sahabat dan saya senang dengan sikapnya yang sentiasa menjadi diri sendiri. Kami masing-masing ada pengalaman pahit dalam percintaan sebelum ini dan lebih baik kami bersahabat sahaja buat masa sekarang.

Tidak ada apa yang ingin kami sorokkan pun dan meletakkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

Kamal Adli dan Emma Maembong dikatakan hangat bercinta apabila aktres itu telah membuat kejutan harijadi buat Kamal. Kemudian, foto mereka mesra berdua di sebuah gerai telah tersebar di Internet yang menguatkan lagi gosip tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Written by Bella | April 23rd, 2015

Konflik percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong nampaknya belum lagi surut meskipun kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing. Nama Kamal Adli juga terpalit dengan kontroversi kerana didakwa  sebagai orang ketiga  dalam hubungan cinta pelawak dan aktres tersebut.

Cinta Kamal dan Emma dikatakan berputik ketika mereka disatukan dalam sebuah drama terbitan RTM 1 iaitu Syurga Tanpa Cinta. Walaupun Kamal pernah menafikan gosip itu, ia kembali menjadi bualan hangat apabila Emma berkongsi beberapa keping foto ketika menyambut ulang tahun kelahiran Kamal di Instagram.

Kamal yang sebelum ini mengakui masih terlalu awal untuk mereka bercinta, menegaskan buat masa ini pintu hatinya belum terbuka untuk bercinta selepas hubungan cinta selama lebih 6 tahun bersama Intan Ladyana putus. Buat masa ini beliau sedang fokus pada kerjayanya.

Saya tegaskan di sini bahawa saya bukanlah jenis seorang lelaki yang ‘kebulur’ mencari teman wanita. Soal bercinta bukan keutamaan buat saya sekarang. Selepas putus cinta pada tahun lepas, saya sibukkan diri dengan urusan kerja. Tiada langsung istilah mencari cinta dalam diari hidup saya buat masa ini.

Berbicara soal foto sambutan hari jadinya yang diraikan oleh Emma, Kamal tidak mempunyai sebarang masalah jika Emma ingin berkongsi foto tersebut agar beliau boleh melupakan kisah duka hidupnya.

Saya tidak kisah kalau Emma melakukan perkara itu dan berkongsi mengenainya di laman Instagram. Itu hak dia. Kalau dengan cara itu, boleh melupakan cerita sedih dalam hidup dia, apa salahnya. Asalkan dia bahagia, itu tidak memberi apa-apa kesan kepada saya.

Menyifatkan Emma seorang gadis serta rakan yang baik dan penyabar Kamal tidak menolak andai dijodohkan dengan beliau.

Saya lihat Emma seorang gadis dan rakan yang sangat baik. Malah, apa yang lebih penting, dia sangat penyabar orangnya.Mengenai jodoh pula, saya anggap itu semua sebagai ketentuan Tuhan. Saya manusia biasa dan tiada hak untuk menolak andai dijodohkan dengan dia atau sesiapa sahaja.

Kamal Adli dan Emma Maembong masing-masing mempunyai kisah duka dalam percintaan, bukannya mudah untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta didalam hati kita selama bertahun lamanya, berilah masa buat mereka merawat luka di hati sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Sumber Berita: Kosmo Online