September 21st, 2015

Hubungan yang terjalin antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukan lagi satu cerita baru, walaupun sering kelihatan bersama dan rapat di dalam setiap foto mereka bersama, Kamal bagaimanapun masih lagi belum memikirkan soal kahwin buat masa ini.

Buat Kamal, beliau dan Emma masing-masing memerlukan lagi masa untuk benar-benar mengenali hati budi masing-masing dan mahu benar-benar bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Bagilah masa kepada saya dan Emma untuk mengenali dengan lebih rapat. Saya tak mahu terburu-buru dalam soal ini dan perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Bukan tak mahu berkahwin tapi biarlah saya benar-benar bersedia boleh memikirkan untuk ke fasa seterusnya.

Umum mengetahui Kamal dan Emma pernah gagal dalam percintaan dan sekarang Kamal masih lagi membina semula rasa cintanya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Malah, beliau juga berjanji tidak akan menyorok sebarang berita gembira jika jodoh berpihak pada mereka suatu hari nanti.

Sekarang saya masih lagi membina semula rasa cinta. Dulu saya pernah terjatuh dan sekarang fasa untuk bangun semula. Buat masa sekarang tiada yang mahu didedahkan kepada umum. Doakan yang terbaik untuk kami. Insya-Allah kalau ada perancangan besar nanti akan saya umumkan kepada semua.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, bab kahwin ini tidak boleh terburu-buru ambil lah masa untuk mengenali pasangan dengan lebih baik sebelum berkahwin.  Nak cari teman hidup ini biarlah yang betul-betul boleh terima antara satu sama lain dengan seadanya baik di hari buruk mahupun bahagia.

Sumber Berita: Utusan Online


Comments are closed.

Loading...