Written by AbangNara | August 13th, 2015

Yeah~~~~ Cerita banyak tak guna, Abang Nara nak kongsikan berita gembira ini untuk anda semua. Tawaran OHSOM Poh Kong kini kembali lagi untuk cawangan mereka di Pavilion Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi Klang. Sebelum ini tawaran OHSOM ini telah dilangsungkan di Ampang Point dan Subang Parade dan mendapat sambutan yang super hebat. Mana taknya, dengan harga bermula RM250, anda boleh memilih lebih daripada 1,000 rekaan barang kemas yang selama ini menjadi idaman.

poh kong

Bermula 14 Ogos sehingga 16 September ini, pastikan anda mengunjungi Poh Kong Pavilion dan juga Diamond & Gold by Poh Kong di Bukit Tinggi untuk tidak melepaskan tawaran OHSOM ini. Cerita banyak tak guna, meh kita tengok beberapa jenis barang kemas yang bakal dijual bermula esok ini.

poh kong

Cincin emas putih 18K dengan topaz berwarna biru (RM590)

poh kong

Kerongsang berbentuk rama-rama dengan emas putih 18k serta sapphire biru dan pink (RM5990)

poh kong

Rantai dengan 18k emas campur (emas rose & emas putih) beserta batu permata yang cukup memukau (RM4490)

poh kong

Subang dengan 18k emas rose beserta permata, citrine dan topaz biru (RM1990)

Amcam menarik kan? Banyak lagi produk-produk yang ditawarkan di Pavilion dan Bukit Tinggi sempena tawaran OHSOM ini. Meh Abang Nara sharekan lagi beberapa keping gambar.

poh kong

Cincin berly kuning (RM4990)
poh kongSubang ruby dengan 18k emas putih yang sangat menawan (RM1990)

poh kong

Rantai permata dengan emas putih 18k (RM1990)

Abang Nara berani jamin harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan berpatutan. Pilihan pun banyak sangat-sangat. Confirm rambang mata. Nak tahu kenalah pergi tengok sendiri. Silalah ke Poh Kong Pavilion dan Bukit Tinggi Klang bermula esok sehingga 6 September ini. Maklumat lanjut layari www.pohkong.com.my. , LIKE Facebook Poh Kong dan ikuti mereka di Instagram @pohkongmy. Boleh juga tengok artikel tawaran OHSOM sebelum ini yang pernah Abang Nara kongsikan dulu.

Written by AbangNara | June 26th, 2015

Tak masuk akal!!! Murah sangat-sangat ini. Terkejut juga Abang Nara bila dapat tahu tentang tawaran OHSOM Poh Kong ini. Mana tidaknya, boleh dapatkan berlian, permata, gelang dan rantai yang super duper cantik bermula dengan harga RM250. Memang bling bling lah di pagi raya nanti.

tawaran poh kong

Bermula 26 Jun sehingga 26 Julai ini, korang wajib pergi ke Poh Kong Ampang Point atau Poh Kong Subang Parade untuk melihat sendiri pelbagai rekabentuk yang ditawarkan bersempena tawaran OHSOM ini. Abang Nara sendiri dah pergi tengok dah. Memang cantik-cantik. Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa gambar.

tawaran poh kong

antara yang ditawarkan bersempena tawaran OHSOM ini

Apa yang menarik tentang tawaran OHSOM ini ialah range harganya yang sangat meluas. Bermula dari RM250 pun dah boleh dapat satu barang kemas. Kalau rasa ada duit lebih sikit, ada juga barang kemas pada harga pertengahan. Kalau bonus raya dapat banyak, bolehlah tengok barang kemas pada harga yang lebih tinggi. Kiranya untuk golongan pendapatan ada. Tak kiralah gaji tinggi ke, gaji rendah ke. Insya Allah ada barang kemas untuk anda bersempena tawaran OHSOM ini.

tawaran poh kong

cincin yang ditatah dengan emas 18k dengan permata cuma RM890 sahaja

tawaran poh kong

rantai berbentuk hati dengan emas putih 18k dengan permata

tawaran poh kong

gelang tangan emas puteh diserikan dengan permata berwarna biru menyerlahkan lagi kejelitaan si pemakainya

tawaran poh kong

anting-anting dengan 2 biji mutiara dan juga permata di sekelilingnya

tawaran poh kong

rantai berwarna kuning keemasan dengan gem yang amat bernilai dijadikan batuny

Ini antara koleksi barang kemas yang ditawarkan sempena tawaran OHSOM Poh Kong. Banyak lagi yang korang boleh tengok di Poh Kong Ampang Point dan Poh Kong Subang Parade bermula esok. Memang berpinau lah mata dibuatnya. Diingatkan, kesemuanya dijualkan berdasarkan first come first serve. Kalau dah habis, jangan menangis pulak. Hehehe.

tawaran poh kong

Jangan lupa layari laman web Poh Kong di www.pohkong.com.my dan juga Facebook Poh Kong untuk informasi lanjut. Selamat membeli-belah!!!