Written by serenity | October 27th, 2018

Penyakit kanser sel kelenjar yang dihidapi oleh penyanyi Elyana kini semakin serius. Sudah memasuki tahap empat, Elyana memberitahu sel kanser sudah merebak ke tulang belakang dan dia berkemungkinan akan lumpuh jika tidak dirawat. Justeru semakin ramai memberi sokongan moral dan berdoa buat nya, namun masih ada segelintir Netizen yang seolah-olah sudah terjamin tempat di syurga mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.

Dek kerana komen seorang Netizen yang kasar, Elyana mengatakan tidak akan memaafkan pengguna Instagram itu dan akan berhenti mendapatkan rawatan untuk penyakitnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 25th, 2018

Melalui beberapa siri siaran langsung di Instagramnya, penyanyi Elyana memberitahu penyakit kanser sel kelenjar yang dihidapinya kini semakin serius apabila semakin menular sehingga ke tulang belakang.

Ia juga menyebabkan dia sukar berjalan.

Malah, Elyana mengalami risiko untuk lumpuh sekiranya sel kanser itu dibiarkan menguasai tulang belakangnya.


Sehubungan itu, Elyana kini telah memulakan rawatan radioterapi untuk memusnahkan sel kanser dalam badannya.

Elyana berkata:

Dalam jam 5 petang, saya baru mulakan radioterapi, itu pertama kali saya menjalani rawatan ini. Sebelum ini saya hanya membuat kemoterapi.

Sebenarnya rawatan ini lagi okay tapi masalahnya sebelum rawatan saya dah makan pil tahan sakit dan kesan dia sangat kuat. memandangkan waktu itu kaki saya masih lagi terasa sakit.

Semasa rawatan, barangkali sebab ‘angin’ di dalam badan, saya muntah terlalu banyak sehingga lembik.

Walaupun begitu Elyana mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan sekaligus memberinya kekuatan untuk terus bertahan. Bersama kita doakan Elyana akan sembuh dari sakitnya. – beautifulnara.com

Written by Bella | March 19th, 2018

Sebagai seorang pesakit kanser Limfoma tahap empat, penyanyi Elyana menghadapi pelbagai cabaran untuk terus kekal sihat, tetapi bukan itu sahaja yang menguji dirinya. Ada satu lagi kisah duka dimana Elyana mendedahkan beliau terpaksa menggugurkan kandugannya yang berusia dua bulan baru-baru ini.

Meskipun sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata lagi, Elyana terpaksa menggugurkan kandugannya itu kerana tidak mahu penyakit yang beliau hidapi memberi kesan kepada bayinya nanti.

Sudah bertahun-tahun lamanya saya mengimpikan kehadiran anak kecil. Sebelum ini, terlalu sukar untuk saya hamil. Bagaimanapun, saya harus membuat keputusan yang besar dalam hidup selepas disahkan hamil.

Hati saya terlalu berat mahu menggugurkan kandungan, tetapi jika saya meneruskannya, ia memberi kesan pada bayi nanti. Bimbang ubat saya ambil boleh memberikan kesan pada bayi. Saya takut anak yang dilahirkan tidak cukup sifat.

Sebenarnya Elyana tidak sedar dirinya sedang berbadan dua sehinggalah tahap kesihatannya merosot dan beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum disahkan hamil.

Kami harap Elyana akan kekal tabah menghadapi dugaan ini. Percayalah setiap perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan jangan pernah berputus asa.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | February 1st, 2018

Penyanyi Elyana sudah tidak dapat menahan kesabarannya lagi apabila sering menjadi mangsa kecaman netizen terutama sekali berkaitan sakit kanser Limfoma yang dihadapinya. Ada yang terus mempersoalkan mengapa Elyana tidak mahu tampil menutup aurat , bertaubat dan macam-macam lagi.

Menerusi Insta Stories beliau, Elyana yang merasa bengang meminta agar mereka yang bersikap negatif serta kurang ajar untuk tidak mengikuti akaun Instagramnya lagi. Setiap orang di muka bumi ini mempunyai tahap kesabaran masing-masing.

Kadang-kadang netizen boleh dikatakan agak melampau mengkritik seseorang tapi alasan mereka hanya ingin menegur sahaja sedangkan cara mereka itu tidak betul. Diri kita pun tidak cukup sempurna janganlah hendak mengecam orang lain pula. Bersabarlah Elyana.