“Masa Sakit Kemain Kau Berdoa!” – Ikut Trend ‘Swipe’, Elyana ‘Dicaci’ Netizen

Hiburan

“Masa Sakit Kemain Kau Berdoa!” – Ikut Trend ‘Swipe’, Elyana ‘Dicaci’ Netizen

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita, penyanyi Elyana kembali munculkan diri dan menjadi bualan ramai setelah memuat naik satu video di Instagramnya.

Melalui video berdurasi 10 saat yang dimuat naik oleh Elyana itu, penyanyi tersebut menari mengikut lagu yang kini sedang trending iaitu Swipe nyanyian Alyph.

Advertisement

Di dalam video tersebut, penyanyi lagu Kalis Rindu itu sakan menari sambil berlatar belakangkan cahaya lampu merah serta biru.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Susulan memuat naik video sedang berjoget, rata-rata netizen yang meninggalkan komen menasihati Elyana agar ingat kembali kesusahan sakit yang pernah dialami olehnya sebelum ini.

Malah, ramai juga mendakwa dia lupa diri setelah sembuh dari sakit kanser limforma pada akhir tahun yang lalu.

komen netizen

komen netizen

Sekadar info, sebelum ini penyanyi berkenaan menerima kecaman yang hebat setelah mengambil keputusan untuk tidak berhijab lagi dan memberitahu keputusannya adalah muktabah serta tidak akan mengendahkan kata-kata netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Elyana free hair
2 years ago

"Jadi Diriku.." - 'Upload' Foto Di IG Tanpa Hijab, Elyana Dah 'Free Hair'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...