March 14th, 2018

Penyanyi Sufian Suhaimi menafikan dakwaan beliau sengaja menjaja kisah putus tunangnya bersama Elfira Loy dan menjelaskan setiap kenyataan yang dikeluarkan hanya untuk menjawab persoalan yang ditanya oleh pihak media sahaja.

Saya memang tiada niat nak bercerita tentang kes putus tunang ini, saya hanya menjawab persoalan yang diajukan oleh media.  Sebolehnya saya tidak mahu lagi bercerita tentang perkara ini kerana ia sudah berakhir. Jadi, selepas ini saya mohon kepada rakan media dan semuanya tidak bertanya lagi tentang isu ini.

Sufian berkata sedemikian susulan teguran yang dibuat oleh bapa Elfira Loy yang tidak berpuas hati mengapa penyanyi itu masih mahu membicarakan isu putus tunang sedangkan kedua-dua belah pihak keluarga sudah bersetuju untuk tidak memanjangkan perkara tersebut ketika cincin pertunangan dipulangkan.

Pada masa yang sama, Sufian turut menafikan beliau cuba meraih publisiti dan simpati ramai dengan isu putus tunang untuk mempromosikan lagu terbarunya.

Seperti yang saya kata dahulu, lagu ini telah dicipta pada tahun lalu ketika saya masih bergelar tunangan orang. Netizen yang mengaitkan kononnya lagu ini ada kaitan dengan apa yang berlaku sedangkan ia hanyalah kebetulan.

Sufian bagaimanapun dengan rendah hati memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan beliau sebelum ini. Bertabahlah Sufian, bunga bukan sekuntum, satu hari nanti pasti anda akan bertemu dengan wanita yang lebih sesuai buat anda.

Sumber Berita : mStar Online



February 14th, 2018

Sejak kebelakangan ini sering kali kita mendengar khabar angin mengatakan hubungan Sufian Suhaimi bersama tunangnya sedang bermasalah. Perkara itu turut diakui oleh Sufian yang mengakui ianya agak “complicated”.

Pasangan ini dijangka bakal berkahwin pada Mac ini, namun tiada sebarang perkembangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.

Terbaru, Sufian menerusi Insta Stories ada meluahkan isi hati tentang betapa sedih dan susah bagi dirinya andai harus melepaskan orang tersayang.

Pastinya luahan hati Sufian itu mencetuskan pelbagai persoalan dan pada siapa agaknya luahan itu ditujukan.  Dugaan ketika tempoh bertunang itu memang ada dan kami harap Sufian dan Elfira tabah dan sabar mengharungi segala ujian.  Doakan yang terbaik buat mereka berdua.