Written by Bella | January 5th, 2016

Pelbagai spekulasi timbul apabila ada video di Instagram yang menunjukkan aktres Elfaeza Ul Haq tidak bertudung ketika penggambaran sebuah drama di Singapura. Ini kerana umum mengetahui beliau sudah berhijab secara penuh sejak bulan Oktober tahun lepas.

Ada yang sudah mula memberikan komen negatif dan menyamakan beliau dengan beberapa artis lain yang kembali tidak menutup aurat kerana tidak bersedia.

Namun jelas Elfaeza, beliau terpaksa membuka tudung kerana terikat dengan syarat didalam kontrak drama berkenaan.

Saya terikat dengan kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama Bahasa Inggeris, dan saya mengambil keputusan untuk berhijab selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam kontrak. Apabila berlakon drama saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di laman sosial sendiri.

Sebagai pelakon dalam kontrak saya perlu promosikan drama di Instagram. Mahu atau tidak saya perlu lakukan untuk kerjaya. Selalunya saya akan padam semula selepas jangka masa tertentu.

Elfaeza juga tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan negatif masyarakat kepadanya. Apa yang penting adalah niat beliau.

Saya tidak peduli apa orang nak cakap sebab setakat ini masih ramai lagi yang memahami. Saya yang berhijab dan saya yang lalui pelbagai dugaan itu, jadi saya tidak kisah apa orang mahu katakan. Orang lain susah untuk faham apa yang dilalui oleh orang lain. Yang penting niat saya Allah tahu.

Saya berhijab bukan untuk orang lain, sebaliknya untuk diri sendiri dan Allah. Jadi yang mendoakan itu, saya bersyukur, yang menasihati demi kebaikan, saya terima dan yang lain itu saya biarkan sahaja.

Maaf kami cakap tetapi kalau sekejap pakai tudung dan sekejap tak meskipun demi tuntutan kerja ia sedikit sebanyak memberikan gambaran/ peluang untuk orang lain agar “menghalalkan” cara demi niat mereka.

Sumber Berita: Mangga Online

Written by Bella | October 14th, 2015

Pernah popular menerusi drama bersiri Adam Dan Hawa dahulu, nama pelakon Elfaeza Ul Haq sejak beberapa ketika ini jarang sekali diperkatakan.

Namun, baru-baru ini ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Planet muzik (APM) 2015 sekitar minggu lepas, kami perasan imej beliau sudah mula berubah dan mengenakan tudung sepenuhnya.

Mengakui sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat, Elfaeza memberitahu beliau mula berhijab sejak dua bulan lepas.

Tak ada alasan khusus pun kenapa saya memilih untuk bertudung. Cuma sudah lama mahu begini. Sejak lima tahun lalu. Kini saya rasa tak patut lagi menangguhkan niat ini. Apabila mula bertudung ini, dugaan itu banyak sebenarnya.

Banyak perubahan yang kita kena lakukan dan biasakan. Bererti banyak juga benda yang kita kena belajar. Doakan saya baik-baik sahaja ya.


Bila nak berubah tu mesti ada beberapa ujian dan halangan untuk menguji pendirian serta iman kita, apa yang penting jangan pernah putus asa dan berpegang pada prinsip yang kita ada. Kami harap selepas ini Elfaeza Ul Haq akan menjalani hidup yang lebih berkat dan perlahan-lahan berubah untuk menjadi yang seorang muslimah sejati.

Sumber Berita: Berita Harian

 
Written by Bella | April 8th, 2015

Pelakon Zul Ariffin yang namanya semakin popular sekali lagi telah dihimpit kontroversi dimana beliau dikatakan menjalinkan hubungan cinta secara rahsia bersama aktres Elfaeza Ul Haq dan kelihatan begitu mesra bersama pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.

Walaubagaimanapun, Zul menjelaskan gosip tersebut adalah mengarut dan menegaskan tidak mempunya kekasih lain selain Gayatri Su Lin Pillai. Spekulasi  Zul dan Elfaeza bercinta timbul selepas terbabit dalam penggambaran drama Janji Adam.

Saya dah banyak kali cakap kekasih saya hanya Gayatri dan satu Malaysia sudah tahu benda itu. Yang mereka hendak tambah lagi kekasih saya kenapa?

Menurut beberapa sumber, Zul dan Elfaeza juga sebelum ini dilihat pernah keluar makan bersama di sebuah restoran di Damansara Perdana pada lewat malam.

Saya hairan orang masih bercakap begitu? Padahal tidak ada pun kami lepak (berdua). Kenapa suka-suka main tuduh, agak agaklah sebab mengarut saja. Kalau orang nak kupas benda macam itu dan kalau ada benda nak sorok, takkanlah saya nak buat depan orang ramai?

 Rasanya sudah biasa jika seseorang artis itu kelihatan mesra dengan pelakon lain, apatah lagi jika mereka pernah menjayakan sesebuah drama bersama. Dengan penjelasan oleh Zul Ariffin ini, harapnya tiada lagi spekulasi atau tuduhan yang timbul mengenai kisah percintaannya.

Sumber Berita: Harian Metro