Elfaeza Ul Haq Terpaksa Buka Tudung Kerana Kontrak Drama

Hiburan

Elfaeza Ul Haq Terpaksa Buka Tudung Kerana Kontrak Drama

Pelbagai spekulasi timbul apabila ada video di Instagram yang menunjukkan aktres Elfaeza Ul Haq tidak bertudung ketika penggambaran sebuah drama di Singapura. Ini kerana umum mengetahui beliau sudah berhijab secara penuh sejak bulan Oktober tahun lepas.

Advertisement

Ada yang sudah mula memberikan komen negatif dan menyamakan beliau dengan beberapa artis lain yang kembali tidak menutup aurat kerana tidak bersedia.

Namun jelas Elfaeza, beliau terpaksa membuka tudung kerana terikat dengan syarat didalam kontrak drama berkenaan.

Saya terikat dengan kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama Bahasa Inggeris, dan saya mengambil keputusan untuk berhijab selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu.

Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam kontrak. Apabila berlakon drama saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di laman sosial sendiri.

Sebagai pelakon dalam kontrak saya perlu promosikan drama di Instagram. Mahu atau tidak saya perlu lakukan untuk kerjaya. Selalunya saya akan padam semula selepas jangka masa tertentu.

Elfaeza juga tidak mahu terlalu memikirkan tanggapan negatif masyarakat kepadanya. Apa yang penting adalah niat beliau.

Saya tidak peduli apa orang nak cakap sebab setakat ini masih ramai lagi yang memahami. Saya yang berhijab dan saya yang lalui pelbagai dugaan itu, jadi saya tidak kisah apa orang mahu katakan. Orang lain susah untuk faham apa yang dilalui oleh orang lain. Yang penting niat saya Allah tahu.

Saya berhijab bukan untuk orang lain, sebaliknya untuk diri sendiri dan Allah. Jadi yang mendoakan itu, saya bersyukur, yang menasihati demi kebaikan, saya terima dan yang lain itu saya biarkan sahaja.

Maaf kami cakap tetapi kalau sekejap pakai tudung dan sekejap tak meskipun demi tuntutan kerja ia sedikit sebanyak memberikan gambaran/ peluang untuk orang lain agar “menghalalkan” cara demi niat mereka.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...