October 3rd, 2018

Sudah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang cukup comel dan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Khalifah Fahrel yang kedua, pelakon Fahrin Ahmad akui beliau dah isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata lagi. Pasangan ini bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada rezeki.

Memang saya bekerja sendiri, kena jaga pendapatan dan ekonomi sendiri. Tapi kalau dari segi itu, saya sudah bersedia. Khalifa pun dah dua tahun. Saya beruntung kerana ada isteri yang menjaga anak ketika saya keluar bekerja. Anak seni memang tidak tetap jadualnya, tapi apa pun keluarga diutamakan.

Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani Elias pada  9 Mei 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 29 September 2016.

Semoga hasrat Fahrin dan isteri untuk menambah zuriat lagi akan termakbul dan pastinya ia akan menyerikan lagi keluarga kecil mereka.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Hare Studio

April 18th, 2016

Minggu lepas kita mendapat berita gembira dimana pelakon Fahrin Ahmad bakal bergelar bapa apabila isterinya Elena Hani Eleas disahkan hamil 15 minggu.

Jelas Fahrin, isterinya itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang alahan setakat ini.

Namun, perkara yang membuatkan Fahrin lebih gembira ialah isterinya kini sudah kemabli ke tanah air dan melepaskan jawatannya sebagai pramugari Emirates Airline. Fahrin lebih selesa untuk isterinya mendapatkan rehat yang secukupnya ketika hamil.

Alhamdulillah, semuanya menunjukkan perkembangan yang sihat setelah menjalani pemeriksaan buat kali kedua, baru-baru ini. Cuma apabila masuk ke peringkat ini, Elena sudah mula rasa sakit belakang, pinggang dan lenguh-lenguh kaki.

Mungkin ramai yang belum tahu atau tidak perasan, Elena sudah pun meletak jawatannya pada hujung Januari lalu dan kembali ke Malaysia. Saya lebih senang dia berehat, apatah lagi ketika hamil.

Setelah lama menunggu untuk menjadi seorang suami dan bapa, tentu sekali Fahrin Ahmad merasa gembira dan kalau boleh tidak mahu isterinya terlalu aktif demi menjaga kandungannya. Kami harap segala proses kehamilan dan bersalin buat Elena dipermudahkan.

Sumber Berita : BH ONLINE

April 15th, 2016

Beberapa jam lepas tersebar berita berbentuk spekulasi bahawa isteri Fahrin Ahmad telah hamil kerana kapsyen yang ditulis oleh Fahrin di Instagram.

Sebentar tadi, melalui Utusan Online, Fahrin telah mengesahkan bahawa isterinya yang bernama Elena Hani Eleas sememangnya berbadan dua.
 photo fahrin1.jpg.transformed_1.jpg

Katanya, Elena sedang hamil 15 minggu dan berada dalam keadaan sihat.

Fahrin, 37, mengenali Elena, 38, ketika menuntut di Matrikulasi Undang-Undang dan Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan mereka pada 9 Mei tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.