Written by Bella | June 30th, 2015

Sekitar bulan lepas pasangan suami isteri dan juga bekas pelajar Akademi Fantasia 3 iaitu Yazer dan Ekin telah menerima pelbagai kritikan dan perhatian daripada orang ramai apabila memuat naik foto mereka bersama di atas katil ke laman sosial.

Walaupun Ekin pernah menjawab kritikan peminatnya dengan menyatakan ia bukan gambar lucah atau aksi melampau. Namun, ia dianggap sebagai satu foto yang tidak manis untuk dikongsikan meskipun sudah bergelar suami isteri.

Terbaru, Yazer menerusi portal mStar Online menyifatkan foto selfie di atas katil bersama isterinya Ekin merupakan satu kesalahan besar dilakukan oleh mereka dan sama sekali tidak menyangka isu tersebut akan menjadi viral kerana niat mereka  hanya  untuk memberitahu sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen. Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar daripada kesilapan tersebut iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat.

Tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi sebelum ini, Yazer menganggap perkara yang telah terjadi merupakan satu pengajaran buat beliau agar tidak memuat naik sebarang foto yang boleh mengundang fitnah mahupun kritikan ramai selain akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini.

Pasangan Yazer dan Ekin menyulam cinta selama sembilan tahun sebelum membuat keputusan untuk bernikah pada 26 Disember 2014. Ekin kini sedang mengandung anak mereka yang pertama dan dijangka bersalin sekitar bulan September depan.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | May 6th, 2015

Selfie sememangnya satu norma dalam kehidupan masyarakat kita sekarang ini. Dalam kapal terbang selfie, bangun pagi selfie, nak pergi kerja selfie. Namun apabila selfie sudah sampai ke tahap bilik tidur seperti yang dilakukan oleh Ekin dan Yazer, sudah tentu ia tidak manis dipandang. Akibatnya, pasangan suami isteri dihentam teruk oleh para peminat.
ekin selfiWalaupun Ekin menjawab kritikan para peminatnya dengan menyatakan ia bukanlah gambar lucah atau aksi yang melampau, namun sesungguhnya ketahuilah ada perkara yang kita tidak boleh kongsikan walaupun sudah bersuami isteri. Abang Nara rasa kalau fikir logik pun boleh tahu yang bergambar atas katil dengan pasangan masing-masing akan menimbulkan kontroversi. Tak gitu?ekin selfiekin selfi

Secara jujur, kata-kata para peminat yang mengkritik pasangan suami isteri ini ada betulnya. Tak ada nak jeles-jeles. Cuma memang gambar ini kurang manis ditonton oleh orang ramai. Bak kata orang tua-tua, perkara dalam bilik tidur, biar dalam bilik tidur. Jangan dibawa ke luar. Tak gitu? Apa pandangan anda?