October 1st, 2015

Putri Mardiana sebelum ini merasa terkejut dan memberi seribu satu alasan apabila beliau dikenakan waran tangkap kerana gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah buat kali kedua untuk perbicaraan kes khalwat beliau bersama kekasihnya Ejump.

Kali ini, beliau tidak boleh lari lagi selepas Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekali lagi mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan Ejump kerana masih lagi berdegil dan tidak hadir pada sebutan kes khalwat mereka.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin juga mengarahkan waran tangkap itu dilaksanakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kedua-dua tertuduh tidak hadir ke mahkamah tanpa maklumat meskipun waran tangkap dikeluarkan pada 25 Ogos lalu.

Keputusan tersebut dibuat oleh hakim selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) JAIS yang ditugaskan untuk melaksanakan waran tangkap sebelum ini telah gagal dalam tanggungjawab yang diberi.

Pada masa yang sama, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap penjamin Putri Mardiana yang seharusnya hadir pada sebutan kes berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, Putri Mardiana dan Ejump mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah kediaman di C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada jam 3.03 pagi tanggal 14 Disember 2014. Mereka kemudiannya, dibebaskan dengan ikat jamin RM 1,500 setiap seorang.

Pasangan tersebut didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sudah beribu kali Putri Mardiana mengaku beliau tidak bersalah tetapi akhirnya tetap lari daripada menghadapi kebenaran. Apa lagi alasan beliau akan ciptakan untuk tidak hadir pada sebutan kes kali ini?

Sumber Berita: Kosmo!

August 27th, 2015

Gagal hadir  tanpa sebarang alasan kukuh pada perbicaraan yang melibatkan kes khalwat beliau kali kedua bersama kekasihnya Ejump, aktres Putri Mardiana telah dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Selasa lepas.

Waran tangkap itu turut  dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada perbicaraan tersebut.

Putri Mardiana dalam satu kenyataan berkata beliau merasa terkejut apabila waran tangkap itu dikeluarkan kerana sebelum ini beliau sama sekali tidak mengetahui akan tarikh perbicaraan tersebut meskipun sudah beberapa kali menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan hal berkenaan.

Sebelum ini saya pernah cuba menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan mengenai tarikh perbicaraan tetapi tiada siapa pun yang menjawab.

Dua kali saya cuba. Tetapi tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkenaan dengan kes perbicaraan semalam (Isnin lalu) saya memang tidak tahu.

Tidak mahu merumitkan lagi keadaan, Putri Mardiana berharap masyarakat tidak memandang negatif kepada beliau kerana tidak dapat hadir ke mahkamah.

Saya harap orang ramai tidak menuduh saya sebarangan kerana tidak hadir ke perbicaraan itu. Saya akan menghubungi pegawai yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan anda, Putri Mardiana sebelum ini dengan penuh yakin mendakwa kes khalwat beliau pada 14 Disember lalu tidak akan dibawa ke mahkamah. Malah, beliau juga memberitahu bahawa dirinya dan kekasih Ejump tidak bersalah dan serbuan itu telah dirancang oleh bekas isteri Ejump.

Mustahil untuk seseorang itu tidak tahu akan tarikh perbicaraan beliau untuk kes yang agak besar seperti ini. Masih ingin mengaku anda tidak bersalah? Harapnya Putri Mardiana tidak lagi ingin menegakkan benang yang basah. Jangan lari daripada masalah anda, kalau betul sudah saling mencintai kahwin sahaja lah.

Sumber Berita: mStar Online

August 25th, 2015

Ditangkap khalwat buat kali kedua, Putri Mardiana nampaknya memandang ringan kes khalwat yang melanda dirinya apabila tidak hadir ke mahkamah tanpa alasan yang munasabah. Akibatnya, hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam telah pun mengeluarkan waran tangkap terhadap Putri Mardiana dan juga penjaminnya,Waran tangkap ini dikeluarkan untuk perbicaraan atas tuduhan berkhalwat pada 14 Disember tahun lalu.

waran tangkap putri mardiana

Untuk makluman, Putri Mardiana sebelum ini mendakwa yang kes khalwatnya ini tidak akan dibawa ke mahkamah. Malah Putri Mardiana memaklumkan yang dirinya dan Ejump tidak bersalah, sebaliknya tangkapan itu dirancang oleh isteri Ejump. Hmmm. Nampaknya apa yang dikatakan oleh Putri Mardiana adalah tidak benar dan palsu semata-mata. Waran tangkap sudah dikeluarkan. Jadi diharap Putri Mardiana tidak melarikan diri.

putri mardiana

Sama-sama kita nantikan perkembangan kes ini. Kalau betul berada di pihak yang benar, mengapa perlu tidak menghadirkan diri ke mahkamah? Berani kerana benar, takut kerana salah. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

June 23rd, 2015

Dunia hiburan satu ketika dahulu dikejutkan dengan berita penangkapan khalwat Putri Mardiana dan kekasihnya, Shahrizan Abdullah yang lebih dikenali dengan nama Ejump. Bukan sekali mereka berdua ditangkap khalwat, tetapi sampai 2 kali. Satu di rumah Putri Mardiana, manakala satu lagi di rumah Ejump. Tambah menyedihkan, Ejump masih lagi seorang suami yang sah kepada seorang isteri bernama Nor Hasni.

putri mardiana

Dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, Putri Mardiana dan Ejump kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan kepada mereka. Kedua-dua pasangan itu masing-masing dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,500 dan kes mereka bakal disebut semula pada 25 Ogos kelak. Jika didapati bersalah, kedua-duanya boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

putri mardiana

Sebelum ini Putri Mardiana memberikan alasan dirinya diperangkap oleh isteri Ejump. Malah pelakon ini juga memaklumkan sempat menjemput JAIS minum air ketika ditangkap khalwat buat kali pertama. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes ini. Kebenaran pasti akan terbukti jua. Sumber Mstar Online.

P.S: Penjual tauhu kacak di Taiwan ini jadi kegilaan