January 2nd, 2018

Tahniah kepada pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira yang baru sahaja menyambut kelahiran anak perempuan ketiga mereka tengah hari tadi. Berita gembira itu dikongsikan oleh Azad sendiri menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya. Difahamkan Eira melahirkan anak mereka secara pembedahan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur

Azad yang teruja diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi meluahkan rasa syukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar serta kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Pasangan tersebut yang mendirikan rumah tangga pada September 2011 sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose dan Ameisya Leanne Rose.

Kami di BeautifulNara sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Azad dan Eira. Semoga rezeki  serta kebahagiaan mereka sekeluarga bertambah.

Sumber Berita : Instagram azadsyazirarose

May 24th, 2016

Pelakon Eira Syazira menerusi akaun Twitternya semalam mengesahkan beliau kini sedang hamil anak kedua bersama suami yang merupakan pelakon komedi terkenal, Azad Jazmin.

Malah, berita itu turut dikongsi oleh Hlive menerusi akaun Instagram rasmi mereka dan kemudiannya di repost oleh Eira.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Eira belum memberikan sebarang butiran lanjut mengenai kehamilannya itu.

Eira Syazira dan Azad Jazmin berkahwin pada 16 September 2011. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama  Amarra Sofea Rose yang kini berusia 3 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Eira dan Azad, semoga mereka dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi dan semoga ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

Sumber Berita : Twitter Eira Syazira

April 19th, 2016

Tentu ada masih ingat dengan kes dimana pelakon Eira Syazira dan Azad Jasmin yang dikatakan telah menipu ahli mereka dalam perniagaan MLM.

Terbaru, menerusi ruangan Poklip di Utusan Online beliau mendakwa kawan beliau ditipu apabila membeli kasut berjenama yang dijual oleh Eira.

Dibeli dengan harga RM500 dan memberitahu bahawa kasut itu adalah yang asli, namun apabila ia sampai kepada pembeli ia indah khabar daripada rupa.

Bukan sahaja barang yang dijual oleh Eira tidak mempunyai kualiti tetapi rupa-rupanya ia adalah produk tiruan.

Bukan tidak boleh menerima jika ia barang reject daripada kilang, tetapi Poklip mempersoalkan kejujuran Eira dalam berniaga.

Apa salahnya untuk Eira beritahu jika barang tersebut mempunyai sedikit kecacatan dalam penghasilannya daripada mengakui ia adalah barang asli.

Erm, bagus dah langkah Eira Syazira untuk menceburi bidang perniagaan tetapi jika benar beliau tidak jujur, memang selepas ini tiada lagi orang yang akan membeli barangan yang dijual oleh beliau. Harapnya Eira dapat tampil dan menjelaskan hal yang sebenar.

Sumber Berita : Utusan Online

September 23rd, 2015

Pelakon Azad Jazmin serta keluarga pasti tidak akan dapat melupakan detik cemas sewaktu menghadapi kemalangan jalan raya pada hari Ahad lepas apabila kereta jenis Toyota Altis miliknya terbabas sebelum berpusing lima kali berpunca daripada kesan minyak yang tumpah di permukaan jalan raya sekitar luar terowong Ipoh.

Walaupun keretanya mengalami kerosakan teruk, Azad bersyukur kerana beliau dan keluarga tidak apa-apa dan diberi peluang kedua untuk hidup.

Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas.

Pelbagai perkara berlegar di benak fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung. Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya. Syukur juga isteri saya, Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu.

Keadaan menjadi bertambah kalut apabila ada peminat terlihat kami terlibat dalam kemalangan dan ingin bergambar. Lantas menjadikan lebuh raya sesak seketika.

Jelas Azad, sewaktu kemalangan tersebut berlaku mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk pulang ke Pulau Pinang selepas membawa ibu beliau menonton filem terbaru lakonannya Girlfriend Kontrak di Kuala Lumpur. Azad juga mempercayai kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri.

Saya menganggap ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini. Niat kami untuk membawa ibu saya menonton filem lakonan saya terbantut kerana kemalangan itu dan kami berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Saya memohon maaf kepada pihak media tidak menjawab panggilan kerana masih berada dalam keadaan trauma. Eira begitu terkesan dengan kejadian itu dan kami memutuskan untuk mengambil sedikit masa sebelum memberi sebarang kenyataan.

Ya Allah, memang dasyat pengalaman yang di alami oleh Azad Jazmin dan keluarga. Alhamdullilah, mereka masih diberi peluang untuk bernafas lagi dan kekal bersama tanpa sebarang kecederaan serius. Kereta rosak tidak apa, nyawa tidak boleh ditukar ganti begitu juga insan tersayang.

Sumber Berita: Berita Harian