Written by serenity | April 23rd, 2018

Pelakon Dynas Mokhtar, 35, selamat melamngsungkan pernikahan dengan Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, pada 10.50 pagi semalam (Ahad) dengan sekali lafaz.

Sinar Harian melaporkan, Dynas atau nama lengkapnya, Wan Edrinas dinikahkan bapanya, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairul Anuar Mulim.

Pada majlis tersebut, Dynas menerima mas kahwin berjumlah RM1001, beserta wang hantaran sebanyak RM30,000.

Majlis resepsi pasangan ini akan dilangsungkan 28 April ini di Damansara dan resepsi kedua bakal dilangsungkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5 Mei.

Lagi 34 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 30th, 2018

Bakal berkahwin buat kali kedua bersama usahawan Shazrik Din pada 21 April depan selepas enam tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Dynas Mokhtar baru-baru ini sempat meluangkan masa dan bersantai dengan rakan-rakanya di The Taaras Beach And Spa Resort, Pulau Redang.

Antara rakan artisĀ  yang turut serta dalam percutian tersebut ialah Yasmin Hani, Sazzy Falak dan Daphne Iking.

Diraikan dalam majlis ala-ala Bridal Shower, Dynas kelihatan begitu seronok sekali dan sempat berkongsi beberapa foto aktiviti beliau dan rakan-rakan termasuklah ketika mereka sedang mandi buih bersama-sama di hotel mewah tersebut.

Jom lihat beberapa lagi foto kemeriahan parti mandi buih tersebut dan juga foto percutian Dynas bersama rakan-rakan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | October 30th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Dynas Mokhtar yang bakal bernikah dengan kekasih hatinya, Shazrik Din pada 4 April 2018. Sudah berkenalan selama tiga tahun, Dynas berharap segala perancangan mereka untuk berkahwin akan berjalan dengan lancar selain meluahkan hasratnya untuk menimang cahaya mata dengan segera.

Rasanya ini waktu yang sesuai untuk saya kembali bergelar seorang isteri selepas hampir empat tahun bergelar seorang ibu tunggal. Kami bertunang Khamis lalu dan memilih April tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan.

Sama seperti orang lain saya juga berharap agar perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sampai bila-bila dan yang lebih penting untuk saya segera mengandung memandangkan umur saya yang semakin meningkat.

Dynas sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014. Mereka dikurniakan dua orang anak iaituĀ  Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto :gib_idris

Written by Bella | May 19th, 2016

Baru-baru ini, pelakon Dynas Mokhtar ada memuat naik foto beliau sedang memakai tiara berserta kapsyen yang mencetuskan pelbagai tanda tanya. Oleh itu, ramai yang membuat andaian bahawa Dynas bakal berkahwin. Walaubagaimanapun, menurut Dynas foto tersebut hanya sekadar sesi fotografi.

Jelas Dynas, beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin jika ada jodoh dan mengharapkan perkahwinan kali kedua ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Saya memang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berkahwin. Tapi, tiada siapa yang hendak dekat dengan saya. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya ingin perkahwinan kali kedua kekal hingga ke akhir hayat. Saya banyak belajar daripada kegagalan lalu dan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

Meskipun sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang juga kawan baiknya, mereka masih belum berbincang soal perkahwinan.

Ramai yang mendoakan agar Dynas Mokhtar cepat mendirikan rumah tangga, namun biarlah pihak lelaki juga bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Sumber Berita : BH PLUS