Written by AbangNara | June 10th, 2015

Tanggal 13 Februari 2012 adalah detik paling bersejarah dalam hidup Abang Nara. Itulah hari Abang Nara bergelar seorang ayah. Pejam celik pejam celik, tahun ini Aariz dah pun berusia 3 tahun. Sepanjang 3 tahun ini, Abang Nara bertuah kerana berpeluang melihat sendiri perkembangan Aariz. Kanak-kanak memang membesar dengan cepat. Daripada hanya tahu menangis, kini macam-macam dah Aariz pandai buat. Antara detik-detik yang paling awesome bagi Abang Nara ialah:-

dugro

1. Bila Aariz pandai sebut ‘mama’ dan ‘papa’

Ini memang terharu sampai tahap keluar air mata. Selalu kalau nak kan sesuatu Aariz hanya menangis. Namun apabila buat pertama kali Aariz menyebut mama dan papa. Terus berulang kali kitorang suruh dia sebut lagi. Excited tak ingat dibuatnya.

2. Bila Aariz pandai berjalan

Aariz berjaya melangkah dan ketika berada di rumah atuknya. Teruja habis satu rumah. Atuk dan neneknya siap main agah-agah suruh pergi berjalan ke arah diorang. Sekarang ini dah 3 tahun tak larat dah nak tengok bila berjalan kat luar. Punyalah laju.

3. Bila Aariz tak meragam duduk car seat
dugroHasil usaha keras emaknya yang buat tak tahu bila Aariz menangis, kini Aariz memang tak meragam langsung duduk car seat. Malah Aariz tahu yang itu memang tempat duduk dia. Asal naik kereta je terus pergi ke pintu yang ada car seat dia. Ada sekali tue balik Kelantan memang Aariz tidur je sepanjang perjalanan. Selesa betul.

4. Bila Aariz masuk sekolah
dugroSebenarnya bukan sekolah pun tapi lebih kepada playschool. Risau juga mula-mula Aariz tak pandai nak sesuaikan diri. Namun ternyata kerisauan Abang Nara tak berasas. Enjoy betul dia kat sekolah. Main gim, main nyanyi-nyanyi lagu, main bola dan macam-macma lagilahlah aktiviti. Cikgu-cikgu pun suka tengok keletah Aariz.

5. Bila Aariz berjaya buat satu ayat penuh

Aariz jenis yang berat mulut dan lambat cakap sikit. Jadi kalau dia nak susu selalu pun dia akan sebut “milk” je. Tak ada lah nak cakap “saya nak susu”. Risau juga mula-mula. Namun pada satu hari secara ajaibnya tiba-tiba Aariz berkata “Papa, I want milk please”. Rasa nak pengsan time tue. Pandai pulak anak aku ini. Siap cakap omputeh lagi.

Banyak lagi sebenarnya detik-detik indah membesarkan Aariz. Setiap kali Aariz berjaya buat sesuatu yang baru, selaku seorang ayah Abang Nara rasa terharu sangat. Air mata bergenang itu perkara biasa. Bangga melihat anak kita pandai dan mencapai milestone yang baru. Selaku seorang ayah, tugas Abang Nara mudah sahaja iaitu memastikan Aariz mendapat nutrisi yang secukupnya agar dia dapat belajar lebih banyak benda-benda baru dalam hidupnya dalam kondisi pembelajaran yang terbaik.
dugro Sebab itulah Abang Nara memilih Dumex™ Dugro® 5 Nutri sebagai growing up milk untuk Aariz. Untuk memastikan tumbesaran yang sempurna daripada segi badan dan otak, Aariz memerlukan nutrisi yang secukupnya. Dumex™ Dugro® 5 Nutri serba baharu dengan diformulakan dengan protein, kalsium, vitamin A serta lcFOS dan kini mengandungi 100% lebih DHA (berbanding formulasi terdahulu) untuk menyokong perkembangan otak. Alhamdulillah setiap kali pergi check up doktor untuk perkembangan Aariz, doktor sentiasa berpuas hati dengan perkembangannya. Syukur sangat-sangat.
dugroHarapan Abang Nara agar Aariz terus membesar dengan sihat daripada segi fizikal dan mental bersama dengan Dumex™ Dugro® 5 Nutri. Tak sabar rasanya nak tengok apa lagi perkara baru yang akan dilakukan oleh Aariz. Doakan yang terbaik untuk Aariz. Buat ibu bapa di luar sana, kongsikanlah pengalaman dan pencapaian anak anda di ruangan komen. Mana tahu ada yang mencuit hati untuk dibaca bersama-sama. Tak gitu?

Written by AbangNara | April 9th, 2012

Pagi Ahad sememangnya waktu untuk keluarga bagi Abang Nara. Selalunya Abang Nara dan wife akan bangun awal dan menonton TV bersama-sama. Sambil-sambil nak tunggu rancangan Melodi jam 12.30 tengah hari, biasanya kami berdua gemar lompat-lompat channel. Namun Ahad minggu lepas kami berdua melekat di channel Astro Ria  (104) kerana rancangan ini.

CHEF CILIK

Secara jujur wife Abang Nara suruh tengok rancangan ini sebab dia ingat ini adalah Junior Masterchef Malaysia. Untuk makluman, Abang Nara dan wife memang suka tengok budak-budak memasak di dalam rancangan Junior Masterchef Australia. Kagum dengan bakat memasak yang mereka miliki walaupun umur masih setahun jagung. Namun Dumex Chef Cilik Komplete Nutri adalah satu program yang sangat berbeza dengan Junior Masterchef tetapi ada keunikannya yang tersendiri.

CHEF CILIK

Dihoskan oleh Vanidah Imran, Dumex Chef Cilik Komplete Nutri menyaksikan si ibu atau ayah bergabung tenaga dengan anak mereka. Abang Nara paling suka segmen Cipta Rasa sebab dapat tengok si anak buat aksi comel memotong bawang. Dan kelainan program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri ini ialah setiap masakan akan diadili bukan sahaja daripada segi kelazatan , kreativiti dan kerjasama tetapi juga daripada segi keseimbangan nutrisi yang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.

chef cilik

Dan untuk episode yang Abang Nara tengok, kumpulan hijau di atas telah berjaya memasuki pertandingan separuh akhir. Jangan tak tahu yang hadiah yang ditawarkan adalah RM20,000untuk juara, RM15,000 untuk naib juara dan RM10,000 untuk pasukan di tempat ketiga. Untuk pengetahuan, ada 27 pasukan yang berentap untuk mendapatkan hadiah lumayan ini. Ini yang buat Abang Nara pun rasa nak join bila anak Abang Nara dah besar nanti.

chef cilik

Walaupun sebenarnya mak atau ayah yang lebih banyak memasak berbanding anak-anak, Abang Nara rasa program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri ini sememangnya banyak mengajar penonton dan peserta betapa pentingnya nutrisi yang seimbang. Banyak tips-tips dan info-info yang diberikan oleh juri nutrisi iaitu Puan Azah mengenai nutrisi yang sepatutnya kita berikan kepada anak-anak .

chef cilik

Disebabkan Vanida Imran selalu suruh bukak Facebook Dumex Dugro semasa mengacarakan program Dumex Chef Cilik Komplete Nutri , Abang Nara pun bukaklah selepas tamat rancangan. Rupa-rupanya ada hadiah yang sangat menarik untuk dimenangi dimenangi. Contoh hadiah adalah seperti gambar di atas. Abang Nara dah jawab dah soalannya yang teramat mudah. Slogan yang Abang Nara isi pun mantap jugak. Ada harapanlah wife Abang Nara dapat gunakan produk di atas.

chef cilik

Sejak menonton program ini, Abang Nara sentiasa pesan kat wife supaya masak makanan yang berkhasiat seperti Salmon dan sayur di atas. Bukan apa, badan yang sihat datangnya daripada makanan yang kita makan. Tak gitu? Selepas ini Abang Nara pasti akan menonton Dumex Chef Cilik Komplete Nutri di channel Astro Ria (104) setiap hari Isnin jam 10 malam untuk mendapatkan tips nutrisi yang lengkap dalam makanan. Kalau terlepas ada ulangannya setiap Rabu jam 4 petang dan Ahad jam 10 pagi. Harap-harap korang pun join tengok program ini jugak untuk kesihatan satu keluarga.

Untuk maklumat lanjut, jom layari http://www.facebook.com/DumexDugro

Written by AbangNara | February 24th, 2012

Alhamdulillah akhirnya pada 13 Februari baru-baru ini, wife Abang Nara telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Cepat 2 minggu daripada due date yang dijangkakan tapi itu semua tak penting. Yang penting wife Abang Nara dan baby kedua-duanya selamat.

babynara

Comel kan? Inilah buah hati pengarang jantung Abang Nara dan wife sekarang ini. Oh ye, 16hb hari tue slot Abang Nara dan wife dalam Wanita Hari Ini (WHI) sudah pun selamat ditayangkan. Masa tue kami berdua masih di dalam hospital. Still kelam kabut nak jaga baby yang baru lahir. Tapi nasib baik masih sempat tengok lagi.

babynara

Banyak yang Abang Nara dan wife telah belajar daripada pakar nutrisi Dumex semasa rancangan WHI. Kepentingan minum susu untuk ibu mengandung (wife Abang Nara minum susu Dumil Mama) sebab baby yang di dalam kandungan makan apa yang ibu-ibu mengandung makan. . Jadi diet yang lengkap untuk nutrisi yang seimbang sangat penting untuk si ibu dan kandungan.

babynara

Dan semasa slot Abang Nara dan wife, kami berdua belajar yang setiap ibu mengandung mengalami ketidakselesaan yang berbeza. Alhamdulillah wife Abang Nara jarang muntah-muntah. Cuma dia selalu mengidam benda yang pelik-pelik. Mengikut pakar nutrisi Dumex, ada ibu mengandung yang muntah-muntah sehingga 8 bulan, walaupun ini bukanlah sesuatu yang biasa. Jadi jangan pelik kalau wife anda ada ketidakselesaan sebegitu.

Dan dengan kelahiran baby kami berdua, Abang Nara dan wife sekarang sudah pun bergelar ayah dan ibu. Kami berdua masih dalam fasa teruja. Abang Nara kalau dengar bunyi baby menangis je terus berlari dukung dia. Wife Abang Nara pula selang sehari ajak pergi hospital untuk check tahap kesihatan baby kitaorang. Memang super excited sekarang.

Apa pun, Abang Nara nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelahiran bayi kami pada hari itu. Doa anda sangat-sangat kami hargai. Dan doakan bayi kami, Aariz akan sihat sentiasa sehingga dewasa kelak.

Written by AbangNara | February 9th, 2012

Baru-baru ini Abang Nara dan wife telah dijemput untuk hadir sebagai tetamu jemputan di rancangan Wanita Hari Ini. Berdebar-debar jugaklah apabila dapat tahu yang kami berdua akan keluar TV. Nasib baik ianya adalah rakaman, bukannya live. Kalau live memang lagi berdebar gila kot.

whi

Di atas ialah gambar gembira selepas shooting selesai. Topik yang Abang Nara, isteri, Azizah Ariffin dan pakar nutrisi daripada Dumex bincangkan ialah pengalaman sebagai suami isteri yang sedang menanti kelahiran anak pertama. Abang Nara sangat teruja dan agak gelabah semasa rakaman dilakukan. Nasib baiklah ada Azizah Ariffin yang banyak membantu kami berdua.
whi

Korang wajib tengok Wanita Hari Ini pada 16 Februari pada pukul 12.00 tengah hari sebab bukan sahaja ada Abang Nara, tapi ada banyak info menarik tentang ibu mengandung terutamanya bab pemakanan seimbang. Confirm tak rugi punya terutama kepada mereka yang sedang mengandung. So pastikan korang dah tanda calendar agar tak ketinggalan menonton WHI nanti.