July 9th, 2019

Pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya semalam meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan produksi drama Silang yang menggunakan gambar perkahwinannya bersama bekas suami, Nazim Othman sebagai salah satu prop di dalam drama tersebut.

Seakan tidak menghormati tuan empunya badan, pihak produksi turut menyunting gambar kahwin tersebut dimana wajah Bella digantikan dengan Emma Maembong.


Perkara itu mula diketahui Bella apabila mendapat beberapa mesej daripada rakan dan peminat yang bertanyakan soal itu yang sudah viral.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Bella telah menghubungi penerbit drama itu iaitu Sheila Rusly. Sedar pihaknya telah melakukan kesilapan, Sheila dan juga salah seorang krew tampil memohon maaf.

Bella berharap selepas ini tiada lagi pihak yang memandang ringan isu sebegitu dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Terdahulu, penonton  perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura di dalam drama Silang sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella. Mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Suntingan itu nampak agak pelik sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

July 8th, 2019

Tidak dinafikan drama Silang yang menceritakan kisah seorang pemuda disleksia lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong mendapat pujian netizen. Agak jarang drama tempatan ingin mengetengkan isu seperti ini dan memaparkan realiti kehidupan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.

Bagaimanapun, ada juga yang mengkritik drama tersebut kerana terdapat beberapa fakta tentang penghidap disleksia yang ditonjolkan tidak benar.

Bukan sahaja kekurangan fakta yang heboh diperkatakan, tetapi penonton turut perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally.

Memang jimat bajet sungguh apabila mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Nampak agak pelik pula sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

Tidak mustahil ia mungkin sahaja  strategi ataupun gimik untuk orang ramai terus memperkatakan tentang drama tersebut. Tapi, kalau nak edit pun biarlah nampak cun. Heh.

Sumber Berita : Twitter

June 23rd, 2014

Ya begitulah kehidupan seorang pelakon. Walaupun sudah bercerai dan masih dalam tempoh edah, mahu tak mahu kerana tuntutan kerja, terpaksa juga melakukan promosi untuk drama yang dilakonkan. Ramai yang mengkritik Izreen Azminda kerana sering berkongsi gambar aksi mesranya bersama Amar Baharin menerusi akaun Instagram, namun itu semua dilakukan Izreen kerana ingin mempromosikan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

izreen dan amar baharin

Kalau Abang Nara tak tahu mereka berlakon bersama, pasti dah anggap ada ‘something special’ sedang berlaku antara Izreen dan Amar. Kata Izreen menerusi Pancaindera:-

Saya tahu ramai yang mempersoalkan perkara tersebut. Tapi gambar antara saya dan Amar Baharin hanyalah untuk tujuan promosi drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan yang sedang ditayangkan di kaca televisyen.

Gambar-gambar itu hanya untuk menarik perhatian peminat untuk menonton. Tak lebih pun daripada itu. Sebab itu saya anggap apa sahaja komen negatif peminat tidak menjejaskan apa-apa.

Mereka kena tahu mengapa saya buat macam itu dan bukannya menghentam semata-mata. Saya terikat dengan kontrak tak mungkin saya akan duduk di rumah sepanjang tempoh edah.

Bagaimanapun penggambaran drama tersebut sudah pun berakhir dan selepas ini saya boleh kurangkan sedikit aktiviti luar.

izreen dan amar baharin

Inilah asam garam menjadi seorang pelakon. Memang sukar. Tak buat promosi langgar kontrak, buat promosi dikatakan tak menghormati tempoh edah. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Namun Abang Nara pasti Izreen Azminda telah mengambil keputusan yang terbaik buat dirinya. Jangan lepas ini tiba-tiba umum bercinta dengan Amar Baharin sudahlah. Memang parah kalau terjadi begitu. Hehehe. Lagi beberapa gambar mereka berdua dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

bestbuyworldP.S: Malaysia kini dilanda musim panas atau kalau dah bahasa omputihnya, ‘it’s summer time’. Sediakan diri anda dengan produk kecantikan kulit, spek mata hitam dan macam-macam lagi aksesori menarik daripada BestBuyWorld Malaysia. Harga murah, produk menarik dan paling penting, dapat cepat apabila beli. Informasi lanjut boleh LIKE Facebook BestBuyWorld Malaysia.

izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin
izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin

izreen dan amar baharin

November 19th, 2013

Menarik sungguh artikel yang Abang Nara baca di Facebook sebentar tadi. Rasa rugi tidak berkongsi dengan pembaca BeautifulNara buah fikiran saudara Mizan Hashri ini. Perbandingan antara drama Melayu dan drama Amerika Syarikat sememangnya menunjukkan drama kita masih tidak berkembang.

drama

Berikut Abang Nara kongsikan artikel yang wajar yang difikirkan oleh kita amnya dan penerbit drama Melayu khususnya.

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.

Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korprat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.

Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.

@armyzonovic