March 12th, 2020

Beberapa bulan lalu, kontroversi Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah cukup hangat diperkatakan dan sehingga kini status jantinanya masih menjadi pertanyaan ramai.

pu amin sajat

Selepas pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ramai mempunyai harapan tinggi agar beliau dapat menyelesaikan isu identiti Sajat yang kini dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Amin juga berharap Dr Zulkifli boleh menyelesaikan kemelut identiti usahawan kosmetik tersebut agar tidak membiarkannya terus berani mempersendakan agama Islam.

pu amin menteri agama isu identiti sajat

Sebelum ini, dalam satu kenyataan sebelum ini Dr Zulkifli  mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki, namun sukar untuk mendapat pengakuan rasmi daripada empunya badan.

pu amin isu sajat pu amin menteri agama isu identiti sajat pu amin menteri agama isu identiti sajat pu amin menteri agama isu identiti sajat

Terdahulu, Sajat berkata dia pernah cuba menyelesaikan masalah berhubung identitinya dengan pihak berkuasa, bagaimanapun alasan diberi kesnya itu berprofil tinggi. Malah, dia turut mendakwa pihak JAKIM tidak membantunya dengan memberi panduan yang betul dalam urusan pemeriksaan perubatan berkaitan isu identiti diri.

April 28th, 2018

Beberapa hari lalu, video pelakon Fathia Latiff mendirikan solat didalam kereta kerana terperangkap dalam dalam kesesakan lalu lintas dengan mekap yang agak tebal menjadi isu serta perdebatan hangat di media sosial.

Ramai mempertikaikan mengapa Fathia tidak mencari surau ataupun masjid yang berdekatan untuk solat dan bagaimana pula beliau menentukan arah kiblat dalam kenderaan yang sedang bergerak.

Menjawab persoalan tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi laman web rasmi pejabat mufti menjelaskan perkara itu dari segi hukum agama Islam.

Mari sama-sama kita lihat penjelasan penuh beliau dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Harapnya segala persoalan yang bermain di minda kita tentang hukum solat didalam kenderaan sudah terjawab. Semoga ia memberikan manfaat buat kita semua.

December 28th, 2017

Kontroversi Iqram Dinzly yang berkelakuan pelik turut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri yang ingin menawarkan bantuan buat Iqram menerusi satu surat terbuka yang dikongsikan di akaun Facebooknya.  Iqram dinasihatkan untuk banyak membaca Al –Quran selain mendekatkan diri dengan Allah SWT. Zulkifli juga berharap Iqram tidak terlalu memikirkan komen netizen yang memberikan tekanan kepada beliau.

Dr Zulkifli juga mahu mengenali Iqram dengan lebih dekat dan menjemput aktor itu hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk berbincang tentang masalah yang dihadapinya sekarang.

Sudah mengetahui tentang surat terbuka ataupun pelawaan mufti , Iqram telah memberikan respon terhadap perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya. Iqram bagaimanapun tidak mahu berjumpa dengan Dr Zulkifli di Kuala Lumpur sebaliknya mengajak beliau ke rumahnya untuk sesi tersebut.

Iqram tidak mahu meninggalkan ibunya yang kini masih dalam tempoh edah selepas pemergian suami tercinta. Pada masa yang sama, Iqram mengucapkan terima kasih kepada Dr Zulkifli atas keperihatinan beliau.

Harapnya akan terjadilah pertemuan antara mereka berdua. Semuanya untuk kebaikan Iqram juga. Masih ramai lagi peminat yang menyayangi beliau dan mahu Iqram kembali tenang seperti dahulu.