Dr Zulkifli Al-Bakri Terkejut Hadiri Majlis Pernikahan Erra Fazira

Trending

Dr Zulkifli Al-Bakri Terkejut Hadiri Majlis Pernikahan Erra Fazira

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Mohamad Zulkifli Al-Bakri kini bagai mencuri tumpuan netizen apabila beliau tampil berkongsi foto majlis pernikahan Erra Fazira dan suaminya. 

Bagaimanapun, andaian warganet seakan meleset apabila Erra Fazira yang dimaksudkan bukanlah primadona filem negara, namun beliau merupakan wanita yang kebetulan sama nama dengan bekas ratu cantik tersebut.

Advertisement

Menerusi sebuah hantaran yang dilakukan Dr Zulkifli di laman Twitter majlis pernikahan serba ringkas yang diadakan oleh pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) sebentar tadi dilihat sangat kondusif kerana mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Tahniah Puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat JAWI dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAWI. Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu tu.”

Dalam pada itu, Dr Zulkifli yang sebelum ini pernah disahkan positif COVID-19 itu juga tidak ketinggalan mendoakan agar pasangan mempelai berbahagia sentiasa dan memperoleh zuriat kelak.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa terhibur, malah ada juga yang turut terkejut dengan perkhabaran tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...