Written by Bella | December 26th, 2017

Gara-gara berenang dan berposing manja bersama ikan lumba-lumba, pelakon dan pengacara Neelofa didakwa mengeksploitasi haiwan terancam. Teguran itu dibuat oleh personaliti dan aktivis kehidupan liar, Rina Omar secara terbuka menerusi akaun Twitternya.

Rina berpendapat pengaruh yang Neelofa miliki  sebagai seorang selebriti popular akan mengalakkan lagi orang ramai untuk menyokong tempat tarikan ikan lumba-lumba tersebut.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Rina dan tindakan Neelofa itu kini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.


Pada pendapat kami, Neelofa hanya berseronok sahaja dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeksploitasi spesis terancam itu. Mungkin  lebih elok untuk membuat teguran secara peribadi dengan Neelofa sendiri daripada mencetuskan spekulasi dan orang ramai terus menghentam selebriti tersebut.

Written by Bella | December 25th, 2017

Hujung tahun ini, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti, begitu juga dengan selebriti popular Neelofa yang kini sedang menikmati percutian di Dubai.

Antara foto yang menarik perhatian netizen ialah ketika Neelofa bermanja dengan seekor ikan lumba-lumba. Ramai juga yang “cemburu” melihat aksi comel mereka apatah lagi ketika ikan tersebut dapat mencium pipi Neelofa. Alahai dengan haiwan pun korang hendak cemburu ya?

Ok lah kami tidak mahu cakap banyak, jom kita layan beberapa lagi foto sekitar percutian Neelofa di Dubai.