March 27th, 2020

Susulan laporan polis berhubung dakwaan dia menghina kakitangan perubatan Hospital Putrajaya, penyanyi era 80 an, Dayangku Intan bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa tindakannya itu tidak melampau.

dayangku intan perlekeh paramedik hospital putrajaya

Dia berkata sudah cuba untuk menyelesaikan isu itu secara baik tetapi tidak mendapat sebarang respon daripada pihak hospital yang seterusnya terus membuat laporan polis.

Dari awal saya berharap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Sepatutnya, perkara ini tidak boleh dipandang daripada sebelah pihak saja. Kena tengok video saya sepenuhnya.

dayangku intan hospital putrajaya

Selepas saya memuat naik video itu, tidak ada sesiapa atau wakil hospital menghubungi saya untuk berbincang. Kalau ada, saya sedia memberi kerjasama. Tidak mengapa jika itu pilihan mereka dengan membuat laporan polis. Malah, saya tahu mengenai laporan yang dibuat terhadap saya.

Menurut Dayangku Intan dia tidak melakukan sebarang kesalahan dan teguran yang dibuat menerusi video yang dimuat naik di akaun Facebooknya itu bukanlah untuk kepetingan dirinya tetapi demi kebaikan semua.

Teguran saya adalah kelebihan untuk semua. Bukan untuk saya seorang saja. Kalau nak tahu, sewaktu saya di sana tidak ada orang di situ. Kaunter Covid-19 kosong.

Saya pula tidak berani nak terus masuk ke bahagian kecemasan sebab takut saya ada wabak itu. Apatah lagi, ketika itu saya ada simptom batuk dan demam. Malah, sampai sekarang tekak dan dada saya masih kering. Batuk pula kejap ada, kejap tidak. Cuma, saya sudah tidak demam.

dayangku intan perlekeh paramedij

Terdahulu, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19. Difahamkan, video pertama dipercayai milik  Dayangku Intan mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang dimana dia mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
March 26th, 2020

Hangat diperkatakan apabila pihak Hospital Putrajaya baru-baru ini telah membuat laporan polis terhadap dua selebriti, Dayangku Intan dan Azwan Ali atas penularan dua video yang telah menjejaskan imej hospital itu dan memperlekehkan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

diva aa mohon maaf hospital putrajaya

Tidak menyangka apa yang dikatakan mengguris hati ramai pihak, Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak yang tersinggung dengan kata-katanya.

Azwan berkata dia mahu menebus kesilapannya dengan menjamu rendang air tangannya kepada petugas hospital berkenaan.

 

Dalam pada itu, Azwan berharap pihak Hospital Putrajaya menerima pemohonan maafnya itu dan dia berjanji untuk tidak mengulanginya lagi.
Terdahulu, Hospital Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung tindakan pengacara itu yang memuat naik semula kenyataan penyanyi Dayangku Intan yang mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan oleh petugas hospital berkenaan pada pertengahan Mac lalu.

Advertisement
March 25th, 2020

Umum mengetahui petugas kesihatan mengorbankan masa dan bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab untuk membendung pandemik wabak COVID-19. Bagaimanapun, agak terkilan apabila sesetengah pihak tidak menghargai pengorbanan mereka.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Terbaru, Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang telah menjejaskan imej Hospital Putrajaya dan kredibiliti kakitangan serta para pegawai perubatan dalam mengendalikan wabak tersebut.

Video pertama adalah milik penyanyi Dayangku Intan yang mempunyai impak tontonan tinggi dan juga video milik Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menyokong isu dibicarakan oleh Dayang.

Dayangku Intan luah rasa tidak puas hati, Diva AA sokong

Dayang berkata, dia mengalami demam, sakit kepala tekak dan badan. Menyedari simptom yang dialami mempunyai persamaan dengan virus COVID-19. Dia segera ke Hospital Putrajaya bagi melakukan pemeriksaan. Ia juga atas saranan seorang teman baik yang juga doktor pakar.

Namun, menerusi luahannya itu dia mendakwa mendapat layanan kurang memuaskan.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Laporan polis

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said berkata isu berkenaan telah sengaja diperbesar-besarkan dengan perkataan kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas. Pihaknya memandang serius akan perkara ini dan turut kesal dengan tindakan kedua-dua selebriti itu.

Menurutnya, orang awam seharusnya lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Apa yang dilakukan oleh Dayang dan Diva AA  telah memberi tekanan emosi kepada para petugas.

hospital putrajaya laporan polis diva aa dayangku intan

Pada pendapat kami, kerja keras petugas kesihatan di barisan hadapan yang berdepan dengan kes-kes jangkitan COVID-19 di negara ini harus dipuji. Mereka sedia berkhidmat dan berkorban demi masyarakat dan negara.

Namun, kita jangan lupa mereka juga manusia biasa, ada rasa tertekan dan penat. Setiap hospital di Malaysia dalam keadaan gawat dan ramai petugas ‘burn out’. Apa salahnya kalau kita memahami juga keadaan mereka?

Sumber Berita : Hospital Putrajaya & Astro Awani

Advertisement