August 13th, 2020

Menjelaskan tindakannya mencium dahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang sedang terlantar sakit itu sebagai respon semula jadi, pelakon dan pelawak popular Didie Alias akui sudah menganggap lelaki itu sebagai bapanya.

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Menurut Didie, hubungan mereka yang akrab menyebabkan dirinya tidak mampu menahan sebak lalu bertindak sedemikian.

“Saya tak tahu tindakan saya itu akan dikecam kerana itu adalah respon semula jadi saya bila Ayah (Abu Bakar) memberi tindak balas dengan mengangkat tangan dan memanggil saya ketika saya datang.”

Ujar Didie, isteri Abu juga seakan terkejut melihat tindak balas yang diberikan oleh Abu kepada Didie.

“Isterinya sendiri memberitahu sejak dia dibawa pulang dari hospital, Ayah hanya terlantar sakit tanpa memberi sebarang respon meskipun bercakap. Malah dia terkejut dengan respon Ayah pada hari itu.

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Didie bagaimanapun akui terlalu simpati dengan pelakon tersebut, malah turut menzahirkan perasaan sedih ketika menziarahi Abu.

“Saya pun tanpa berfikir panjang terus mencium dahinya kerana terlalu simpati dan sedih dengan tindak balasnya. Ketika itu, saya juga memakai ‘mask.”

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

Terdahulu, rakaman videonya mencium dahi Abu Bakar yang sedang terlantar sakit dikecam teruk oleh segelintir netizen.

Mengulas lanjut mengenai keadaan terkini Abu, pemenang Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu memaklumkan pelakon veteran itu sedang menghidap kanser hati.

Dikecam Netizen, Didie Alias Jawab Isu Cium Dahi Pelakon Veteran Abu Bakar Juah

“Saya terkejut bila dapat tahu dia kini jatuh sakit kerana kali terakhir berjumpa dengannya adalah pada dua tahun lalu. Dia segak dan nampak sihat, berbeza dengan keadaan sekarang.

Untuk Didie turut menziarahi Abu sambil menjayakan programnya Lady Didie Talk Show untuk segmen Merisik Khabar.

June 23rd, 2016

Sejak kebelakangan ini, kita sering lihat pelakon Didie Alias mengenakan turban bukan? Ini mencetuskan tanda tanya dikalangan peminat adakah Didie sudah hampir ke arah untuk berhijab sepenuhnya.

Tidak mahu peminat terus salah faham, Didie memberitahu beliau memakai turban hanya ketika mempromosikan jenama tudung anaknya. Didie tidak mahu hipokrit dan menjelaskan beliau belum lagi ke arah untuk berhijab tetapi meminta orang ramai mendoakannya untuk menutup aurat satu hari nanti.

Memang saya muncul dengan turban ini setiap kali mahu mempromosikan tudung anak saya. Belum ke arah itu lagi, tetapi doakanlah yang baik-baik. Dalam waktu yang sama, saya juga tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, biarlah jika suatu hari nanti saya pakai tudung ia berkekalan terus tidak mahulah pakai lepas itu buka.

Jika anda perhatikan, anak-anak perempuan Didie semuanya bertudung. Oleh itu, ada segelintir pihak yang membandingkan Didie bersama anak-anaknya dan turut mengkritk beliau.

Walaubagaimanapun, Didie tidak kisah dengan kata-kata negatif yang beliau terima di media sosial kerana anak-anaknya sering memberikan sokongan terhadap beliau. Didie yakin satu hari nanti beliau akan menutup aurat juga.

Bagi saya apa yang penting adalah didikan yang diberikan kepada anak-anak. Buat masa ini memang anak-anak juga tidak pernah memaksa saya, namun saya tahu jika suatu hari nanti hati sudah terbuka untuk bertudung tentunya mereka akan menjadi orang pertama yang bersyukur.

Selain itu juga, saya tidak mahu ambil pusing apa juga yang mahu disampaikan orang luar kepada saya, kekal positif adalah cara yang baik untuk saya kini.

Menutup aurat memang wajib bagi setiap wanita Islam, namun kalau kita hendak seseorang  itu berubah ke arah lebih baik, janganlah lemparkan kata-kata negatif kepadanya. Doakan sahaja Didie dibuka pintu hatinya untuk berhijab.

Sumber Berita : Utusan Online

June 21st, 2016

Pelakon yang sudah berpuluh tahun berada didalam industri iaitu Didie Alias akui agak bengang dengan segelintir pelakon baharu yang kurang adab dan bersikap sombong.

Didie berkata demikian setelah mengalami beberapa pengalaman dengan pelakon baharu yang kurang bergaul di set penggambaran dan tidak bermesra dengan pelakon lebih senior seperti beliau.

Bukan sekali dua saya melalui perkara berkenaan sebaliknya banyak kali. Mereka (pelakon baharu) hanya duduk di set tanpa bertegur sapa. Ada yang hanya memegang telefon bimbit sahaja semata-mata mahu mengelak untuk berbual dengan pelakon lain.

Kalau dahulu, saya sebagai orang baharu akan cuba menegur dan beramah mesra dengan orang lama. Bukan kita mahu bekerja sekali itu sahaja, tentu perlu mengenali terlebih dahulu. Bukan buat ‘bodoh’ sahaja kemudian terus masuk dalam set seperti orang hebat sangat.

Bagi Didie, setiap pelakon harus mencari keserasian  untuk bekerjasama dan paling penting mewujudkan ikatan silaturahim yang kuat kerana mungkin pada masa hadapan mereka akan bergandingan dalam produksi yang lain pula.

Tambah Didie, sekarang tidak perlu bekerja keras untuk mencapai sesuatu impian. Dengan menggunakan platform media sosial sesiapa sahaja boleh bergelar artis.

Kita nak bekerjasama bukan sekali seumur hidup. Kena buang sifat tak baik dan bercampur dengan orang lain yang ada di situ. Rasanya kalau mereka buang ego, suasana janggal tak akan wujud. “Ada segelintir pelakon memberikan alasan mereka takut untuk menegur. Pada saya itu sekadar alasan sahaja. Pokok pangkal berbalik kepada diri sendiri.

Sekarang popular di media sosial pun boleh jadi artis. Apabila terlalu mudah nak bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara, inilah jadinya. Inilah realiti yang berlaku hari ini.

Ada betulnya apa yang Didie Alias katakan, apa salahnya untuk pelakon-pelakon baharu bertegur sapa dan menghormati mereka yang lebih senior. Alaa, bukannya mereka hendak jadi harimau ke apa, kalau tegur elok-elok pasti dibalas dengan baik bukan?

Sumber Berita  : Utusan Online

September 4th, 2015

Awal Ogos lalu, anak perempuan hasil perkahwinan Didie Alias dan Ridzuan Hashim telah pun selamat dinikahkan. Untuk maklumkan, Didie dan Ridzuan telah pun bercerai pada tahun 2002 dan mempunyai 5 orang anak hasil perkongsian hidup. Pada majlis pernikahan anaknya itu, Ridzuan Hashim telah dijemput untuk menjadi wali. Di sebalik kelancaran majlis, ada desas-desus timbul di mana Ridzuan telah mempertikaikan tanggungjawab Didie Alias membesarkan anak-anak mereka selepas majlis tersebut.
didie alias

Bengang dengan tuduhan tidak berasas itu, Didie Alias telah pun tampil mempertahankan dirinya. Didie Alias mendakwa selepas penceraian mereka, Ridzuan Hashim langsung langsung menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dalam membesarkan kelima-lima anak mereka. Kata Didie:-

Selama ini saya hanya bertahan dan berdiam diri walaupun kesusahan yang saya tanggung membesarkan anak-anak hanya saya yang pikul. Tiba-tiba sekarang dia hendak bercakap pula mengenai tanggungjawab saya? Bagi saya jika itu yang berlaku, ia memang tidak patut.

Dia diundang ke majlis untuk mewalikan pernikahan itu saja, tetapi dia terus berada di majlis. Memanglah dia bapa kandung anak-anak saya, tetapi status itu hanya pada nama dan tanggungjawab terhadap mereka tidak pernah ditunaikan.

didie alias

Perkara sebegini memang sering terjadi apabila penceraian berlaku. Masing-masing ingin menunjukkan mereka yang bersusah payah membesarkan anak-anak sedangkan pada hakikatnya, jenguk anak pun tak pernah. Siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya. Janganlah abaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah atau ibu walaupun sudah bercerai dan bila hari bahagia anak tersebut, tiba-tiba nak ‘claim’ diri sendiri yang bertanggungjawab membesarkan anak dengan penat lelah. Apa kata anda? Sumber Harian Metro.