Written by Bella | January 3rd, 2017

Semalam Diana Danielle ada memuat naik foto beliau yang kelihatan sarat mengandung di akaun Instagramnya.  Foto berkenaan mengundang pertanyaaan ramai dan ada yang mempercayai bahawa Diana kini sedang hamil anak ketiga bersama suami Farid Kamil. Ruangan komen di Instagram Diana  juga dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat.

Tidak mahu salah faham berterusan, Diana memberitahu foto berkenaan cuma salah satu babak dalam drama terbaru beliau.

Itu gambar untuk drama TV3, Raisha.

Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1.

Kami pun tidak percaya bahawa Diana sedang hamil. Sebelum ini ketika beliau menemani Farid di ASK 2016, perut Diana kelihatan biasa sahaja dan tidaklah besar seperti didalam foto berkenaan.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by AbangNara | November 19th, 2012

Wow. Pantas, cekap dan amanah sungguh Farid Kamil menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Memang murah sungguh rezeki pengantin baru ini. Sebentar tadi Diana Danielle telah pun mengesahkan kehamilannya menerusi Twitter.

diana danielle mengandung

Jutaan tahniah diucapkan kepada Diana Danielle dan Farid Kamil atas berita gembira ini. Pastinya mereka berdua sedang tersenyum girang sekarang ini. Menurut Diana Danielle, ini adalah hadiah hari jadi terbaik buat dirinya.

diana danielle mengandung

Diharap DD tidak melakukan aktiviti-aktiviti lasak selepas ini. Banyak-banyak rehatkan badan. At least sehingga tamat trimester pertama. Sekali lagi tahniah atas berita gembira ini. Semoga semuanya selamat. Ucapkan tahniah kepadanya menerusi Twitter Diana Danielle.