November 20th, 2019

Michael Ang sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang tidak segan dalam memberikan pendapat mengenai sesuatu perkara. Siapa yang kena ‘terjah’ dengan komen lantangnya itu kadang-kadang boleh berdarah telinga!

Terbaru, pengarah drama popular ‘Sweet Dreams’ itu telah menyelar gaya pakaian yang dikenakan oleh peserta Dewi Remaja 2019 yang kini sedang ditayangkan saban minggu di Astro RIA.

Ingatkan peserta sahaja yang ‘makan’ kritikan Michael ini, malahan jurugaya dan jurugambar yang bertugas untuk program ini turut terkena tempiasnya!

michael ang kritik fesyen pelik peserta dewi remaja 2019

Baginya, fesyen yang digayakan oleh peserta itu nampak caca marba dan tidak moden langsung.

michael ang kritik fesyen pelik peserta dewi remaja 2019

michael ang kritik fesyen pelik peserta dewi remaja 2019

Selain itu, dia mengutuk kemahiran jurugambar yang seperti tidak pandai mencari sudut gambar yang sesuai kerana sekumpulan orang turut termasuk sekali dalam sesi fotografi itu.

michael ang kritik fesyen pelik peserta dewi remaja 2019

Para netizen yang menonton rancangan realiti itu turut menghencap gaya pakaian yang dipakai oleh peserta Dewi Remaja 2019 tersebut. Bagi mereka, nampak tak stylish langsung apabila mereka bergaya seperti itu.

michael ang kritik fesyen pelik peserta dewi remaja 2019

michael ang kritik fesyen pelik peserta dewi remaja 2019

Nampak gayanya macam nak ikut rancangan ‘America’s Next Top Model’ tapi lain pula jadinya!

Sumber: Twitter

October 16th, 2019

Kontroversi berhubung penyebaran video pesta arak yang membabitkan sebilangan peserta Dewi Remaja 2018/2019 memang cukup hangat diperkatakan dan turut menjejaskan imej pertandingan tersebut sehingga teruk dikecam oleh netizen.

haneesya hanee

Tidak mahu perkara yang sama berulang lagi,  Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad memaklumkan peraturan bagi Dewi Remaja kali ini diperketatkan lagi, dimana 12 peserta Dewi Remaja 2018 akan “dikurung” di sebuah rumah khas dan setiap muat naik dan perkembangan media sosial mereka dipantau.

Dewi remaja kali ini menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin sepanjang 54 hari berterusan di sebuah rumah khas. Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama berulang.

top 12 dewi remaja 2019

Senarai 12 peserta Dewi Remaja 2019 sudah diumumkan iaitu, Andrianna Fernandez, Shaza Nuriman, Nynaa Harizal, Sharlina Gilbert, Nina Amin, Syamira Izzati, Adriana Ghaafar dan Aishah Aznan. Turut bertanding, Shatirah Amanda, Saidah Syahirah, Myra Natasya dan Syaza Azra.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon, Scha Al Yahya dilantik sebagai juri tetap bersama pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim. Model dan selebriti popular Amelia Henderson pula dipilih sebagai hos program.

dewi remaja 2019dewi remaja 2019

Terdahulu, Dewi Remaja 2018/2019 mencetuskan kontroversi apabila gelaran juara Haneesya Hanee ditarik balik susulan kontroversi berhibur di kelab malam dan meminum arak. Tiada sesiapa ditabalkan sebagai Dewi Remaja bagi edisi 2018/2019.  Tempat kedua  milik Tia Sarah dan Sherin Amiri di tempat ketiga.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Majalah Remaja