November 7th, 2016

Berkahwin pada 16 September lepas, pelakon Saharul Ridzwan akui beliau cukup bahagia bersama isteri tercinta, Deena Emir.  Saharul juga merasa syukur kerana rezeki beliau melimpah ruah sejak mendirikan rumah tangga.

Betul yang orang selalu kata, rezeki lepas kahwin itu memang ada. Terma rezeki juga tak tertumpu satu saja, ada orang dikurniakan rezeki bisnes, kerjaya, anak dan sebagainya. Yang saya perlu lakukan adalah percaya bahawa Allah SWT itu akan kurniakan rezeki.

Berbicara soal anak, Saharul sehingga kini masih belum mahu bercerita lebih lanjut mengenai khabar angin dimana isterinya sudah berbadan dua.

Bukanlah niat Saharul untuk berahsia tetapi mungkin beliau tidak mahu terlalu teruja kandungan masih dalam peringkat awal.

Insya-Allah, kalau ada saya akan beritahu kepada semua. Saya akan cari masa yang betul-betul sesuai dan akan uar-uarkan kepada semua.  Saya bukan nak sorok atau apa cuma bagi saya belum masanya lagi untuk saya berbicara mengenainya.

Apa pun, saya minta agar semua pihak mendoakan yang terbaik dan semuanya berjalan dengan lancar dan saya dimurahkan rezeki.  Maklumlah, pertama kali saya mengalami situasi begini.

Harapnya dengan rezeki yang melimpah ruah ini, Saharul haruslah sentiasa bersyukur dan cuba untuk menjadi suami terbaik dan bertanggungjawab. Soal anak, kami doakan agar kandungan Deena sihat dan tidak lama lagi boleh disampaikan khabar gembira itu kepada umum.

Sumber Berita : Utusan Online

September 13th, 2016

Bakal berkahwin pada 16 September iaitu hari Jumaat minggu ini, bakal isteri Saharul Ridzwan, Deena Emir baru-baru ini telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan doa selamat.

Majlis berkenaan berlangsung di kediaman ibu bapa Deena yang terletak di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak.

Tidak kami nafikan bahawa Saharul cukup bertuah untuk memiliki seorang isteri yang cukup cantik rupa parasnya.

Difahamkan pasangan ini bakal bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala majlis resepsi pula berlangsung pada hari yang sama di Dewan Seri Siantan, Presint 3.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis khatam Al-Quran Deena Emir dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : hamizahhhh

August 29th, 2016

Kurang daripada sebulan lagi, pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar suami kepada Deena Emir. Saharul akui beliau tidak boleh tidur lena dan berdebar menguruskan persiapan perkahwinan beliau yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Menurut Saharul, beliau merencana untuk mengadakan dua buah majlis perkahwinan dimana satu adalah untuk keluarganya serta sahabatnya di Dewan Sri Siantan, Presint 3, manakala sebuah majlis lagi akan diadakan khas buat peminat beliau dan rakan media.

Ini bukan perkara main-main dan tidak keterlaluan untuk saya katakan, debarannya melebihi dari memikirkan untuk majlis akad nikah.

InsyaAllah, saya merancang untuk adakan dua buah majlis di mana untuk majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrjaya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat, manakala sebuah lagi majlis saya adakan khas untuk peminat dan rakan media di sebuah lokasi yang akan saya umumkan kelak.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau tidak akan meninggalkan dunia lakonan meskipun sudah berkahwin nanti. Walaubagaimanapun, Saharul akui beliau ingin mula melangkah dalam bidang perniagaan pula selepas ini.

Berhenti berlakon itu tidak kerana ia menjadi keghairahan saya namun saya mempunyai perancangan untuk lebih aktif dalam lapangan perniagaan selepas ini seperti mengusahakan perniagaan berkonsepkan pemakanan atau protein, namun semuanya itu masih dalam perancangan.

Bukan mudah untuk menguruskan persiapan perkahwinan tetapi segala penat lelah itu akan hilang selepas sah diijabkabulkan. Tidak sabar untuk melihat Saharul dan pasangannya bersading di atas pelamin, harap segalanya berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

August 9th, 2016

Saharul Ridzwan nama yang agak popular didalam industri lakonan tanah air dan tentu sekali ada beberapa pihak tampil untuk menaja perkahwinan beliau dengan Deena Emir yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Walaubagaimanapun, Saharul mendedahkan beliau sudah  menolak beberapa tajaan besar secara baik dan lebih selesa untuk menggunakan wang beliau sendiri buat majlis perkahwinannya nanti.

Saharul mahu mengadakan satu majlis yang sederhana sahaja tetapi pada masa yang sama beliau dan sanak saudara tetap dapat merasakan kemeriahannya.

Alhamdulillah ada beberapa tajaan utama yang saya terima untuk majlis saya nanti namun saya menolak secara baik kerana ingin merasai nikmat persiapan majlis itu tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.

Seperti kita tahu besar pahalanya memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan pada majlis itu nanti adalah daripada hasil titik peluh saya sendiri.

Majlis itu nanti bukanlah secara besar-besaran dan ikut sekadar kemampuan saya sahaja dan paling penting baik meraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Berbicara mengenai tarikh perkahwinannya itu yang jatuh pada hari Jumaat, Saharul sebenarnya tidak pernah merancang apa-apa. Ia cuma satu kebetulan dan beliau ingin mengambil keberkatan penghulu segala hari itu.

Pada masa yang sama, Saharul memberitahu beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami meskipun hatinya ada sedikit berdebar menanti saat untuk diijabkabulkan bersama Deena Emir.

Pada tahap sekarang banyak persiapan mental dan jasmani yang saya lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kerana ia bukan mudah sebenarnya. Besar tanggungjawab saya dan perlu bersiap sedia selain masih banyak perkara yang perlu saya pelajari.

Melangkah ke alam perkahwinan memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat selain perlu memupuk hati dengan penuh kesabaran. Kami doakan agar Saharul Ridzwan dan Deena Emir kekal bahagia sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita : mStar Online