Written by Bella | December 6th, 2017

Pelakon Lana Nodin enggan memberikan sebarang komen berhubung sumpah laknat yang dibuat oleh penyanyi Norshila Amin bagi membuktikan dirinya tidak bersalah menipu wang artis dalam sebuah ekspo di Brunei dan mendakwa Lana Nodin memfitnah dirinya atas tuduhan mengamuk dan mengganggu pekerja Lana di sebuah ekspo di Singapura.

Lana bakal mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat dan sudah menyerahkan hal berkaitan kes pergaduhan ini kepada peguamnya.

Sebenarnya saya tidak sangka kes ini jadi besar. Memandangkan pihak di sana membuat sidang media, saya terpaksa meminta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya. Saya tidak mahu bercerita panjang hal ini, biar selesai urusan perniagaan di Singapura barulah saya buat sidang media.

Terdahulu, Shila mengangkat sumpah laknat sebanyak lima kali menafikan beliau melakukan penipuan tersebut. Pada masa yang sama, Shila menyangkal dakwaan beliau mengamuk besar sehingga menendang troli seperti yang dikatakan oleh Lana. Shila juga tidak pernah menengking anak saudara Lana yang bekerja di gerai milik pelakon tersebut.

Shila mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Lana atas fitnah tersebut. Namun, Shila juga memberitahu beliau masih lagi ingin cuba untuk menyelesaikan isu berkenaan secara baik jika Lana bersetuju untuk bertemu empat mata dengannya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 17th, 2017

Pelakon Lana Nodin menafikan suaminya, Daud McKienzie seorang pemandu kurang ajar dan pembuli jalan raya seperti yang disiarkan menerusi artikel dan rakaman video di laman web Singapore Stomp.

Menurut Lana, pemandu Singapura berkenaan enggan mengakui kesalahannya walaupun Daud sudah cuba untuk berbincang secara baik. Malah, pemandu yang mendakwa Daud kurang ajar itu juga menolak ajakkan Daud untuk menyelesaikan masalah mereka di balai polis berdekatan.

Lana juga memberitahu, terdapat kesan calar pada bahagian tepi sebelah pemandu di kereta jenis Toyota Alphard miliknya.

Suami saya pada awalnya cuba bersabar dan bercakap secara baik tetapi lelaki itu tetap tak nak mengaku kesalahannya malah tidak meminta maaf pun. Suami saya mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis berdekatan tempat kejadian, namun dia menolak.

Kalau betul dia tak salah, kenapa takut nak buat laporan? Malah saya pelik kenapa pula dia nak memuat naik video. Suami saya bukan jenis baran tetapi kejadian itu betul-betul membuatkannya marah. Selepas kejadian itu saya menasihati suami agar membuat laporan polis tetapi dia menolak.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Daud ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat terhadap menunjukkan jari tengah ketika masuk ke dalam kereta sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.

Sekarang kita sudah dengar penjelasan daripada Lana. Apa-apa pun, mungkin kedua-dua pihak ada silap mereka sendiri.  Sejujurnya, pada kami mungkin lebih baik untuk bersabar dan menunggu giliran anda walau sesak macam mana pun sekali keadaannya di jalan raya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | March 17th, 2017

Tiba-tiba hari ini kami lihat nama Lana Nodin dan suaminya, Daud McKienzie hangat diperkatakan. Setelah kami siasat, rupa-rupanya artikel tentang mereka berdua cukup hangat serta mendapat liputan luas di laman web Singapore Stomp dimana Lana dan Daud dilabelkan sebagai “road bully” oleh seorang pemandu Singapura.

Menurut isteri pemandu Singapura terbabit, suaminya yang bekerja di Johor Bahru ketika itu dalam perjalan pulang ke Singapura. Secara tiba-tiba kereta jenis Toyota Alphard yang dipandu Daud bertindak untuk memotong giliran. Kejadian tersebut berlaku di Laluan Kedua Malaysia-Singapura pada 14 Mac lepas sekitar jam  6.30 petang.

My husband was on the way home from his office in JB. The road was quite jammed.A driver then tried to cut in front of my husband’s car. My husband stopped his vehicle. The driver continued going forward and hit his car. He alighted after that and scolded my husband.

Berang kerana keretanya dilanggar, Daud keluar daripada kenderaan yang dipandunya dan bersemuka dengan pemandu Singapura itu. Menerusi sebuah video yang dikongsikan, Daud ada mengeluarkan beberapa perkataan kesat terhadap pemandu terbabit.

Mari kita tonton video berkenaan untuk ketahui apa yang berlaku dengan lebih jelas :-

Kebenaran disebalik berita ini tidak kami ketahui kerana hanya dengar daripada sebelah pihak sahaja. Mungkin Lana dan suaminya dapat memberikan penjelasan lain mengenainya.

Sumber Berita : Singapore Stomp

Written by Bella | March 11th, 2016

Berkongsi berita beliau sudah selamat bersalin puteri pertamanya bersama suami Daud McKienzie, Lana Nodin masih lagi menerima pelbagai kritikan daripada sesetengah netizen.

Ada yang mempersoalkan status sebenar anak perempuannya itu, siapa kira bila tarikh nikah Lana sehinggalah tarikh bersalin. Pergh, sampai macam tu sekali mereka hendak siasat.

Antara komen yang diterima ialah Lana sudah mengandung sewaktu beliau berkahwin dan banyak lagi.

Walaubagaimanapun, tidak semua berfikiran negatif seperti itu. Beberapa pengikut Instagram mempertahankan Lana dan mempercayai kadang-kala kiraan seseorang itu tidak betul.

Mengenai  mereka yang mempertikaikan status anaknya, Lana menerusi ruang komen di akaun Instagram miliknya berkata beliau dan suami tidak akan memaafkan mereka yang  menghina anaknya sehingga ke akhir hayat.

Berikut adalah komen penuh Lana :-

Ni la manusia…bila kita dah share berita, macam2 spekulasi macam2 benda buruk akan keluar….tak boleh ke tumpang gembira utk kami sekeluarga???ini baru je dlm my insta….dlm blog, social media yg lain??…macam2 duk jaga tepi kain cari mane silap nak jadi keyboard warrior…apa motif duk kira bulan la tarikh kawin bagai apasal??so ada point korang Nak menuduh or buat citer lagi panas lagi laris gossip tu??

Just FYI pada sesiapa yg komen buruk pasal anak i bukan saje di sini malah di blog2, di social media yg lain, sy dan suami takkan maafkan anda sehingga la hujung nafas kami selagi anda tak minta maaf pada kami terang2 seperti mana anad buat keputusan nak jadi keyboard warrior sangat walaupun sebesar zarah terdetik pasal buruk anak atau maruah keluarga sy…

Before this, org mengata, mengutuk sy, sy boleh telan dan move on…but this time pasal anak sy, I WILL NO LONGER BE QUITE!!… Why can you just be happy and doa yg baik2 for us instead sibuk cari buruk org? To all bloggers, keyboard warrior also, we want to say tq for ur bad speculation and mean harm writing or comment.

Like i said, me and my husband will never forgive someone like u because ur buah mulut, fitnah yg merosakkan maruah anak tak berdosa. But to all my fans who really sincere to us, sy sekeluarga ucapkan terima kasih atas doa2 dan ucapan tahniah pada kami, insyallah bile sampai masa yg sesuai, sy dan suami akan memperkenalkan baby Gia pada semua…terima kasih dan salam semua.

Kasihan sungguh nasib yang menimpa Lana Nodin. Berkongsi berita gembira pun ada yang mempersoalkan. Abang Nara memahami apabila ada sesetengah selebriti mengambil sikap berdiam diri tentang anak mereka. Iyerlah, tak pasal-pasal dengan anak sekali kena hentam. Peminat sekarang memang lain macam. Tak gitu?