August 13th, 2015

Penyanyi Yuna nampaknya sudah berjaya melakar sejarahnya sendiri apabila beliau telah merakam lagu bersama penyanyi R&B serta penulis lagu terkenal di Amerika Syarikat, Usher.

Berita tersebut bukan sekadar khabar angin tetapi ia telah disahkan sendiri oleh komposer David Foster yang turut berkata kerjasama tersebut bakal menaikkan lagi nama Yuna di peringkat antarabangsa.

Saya rasa kerjasama ini akan membawa Yuna ke peringkat lebih tinggi dan kami dalam usaha untuk terus menggilap bakatnya menjadi seorang bintang

Walaupun sebelum ini David Foster memberitahu Yuna masih belum mempunyai kemampuan untuk bergelar seorang artis antarabangsa dan perlu meningkatkan lagi bakat beliau nyata kritikan itu tidak mematahkan semangat anak jati Malaysia itu untuk terus mencipta namanya seperti sekarang.

Dalam perkembangan lain, Yuna dijadualkan mengadakan konsert keduanya di ibu kota pada 16 Oktober depan. Kali ini, beliau akan tampil dalam persembahan eksklusif di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Kuala Lumpur.
yuna
Tahniah kami ucapkan kepada Yuna, semestinya beliau sudah menunjukkan bahawa anak Malaysia juga mampu mencapai tahap antarabangsa dalam bidang hiburan. Semoga lebih berjaya selepas ini. Sumber Berita: Berita Harian

May 12th, 2015

David Foster merupakan seorang penerbit album dan komposer lagu yang hebat di dunia. Lagu-lagu ciptaannya memang berhantu dan menjadi siulan jutaan manusia. Jadi apabila David Foster mengeluarkan pendapat, ia adalah pendapat yang bernas dan perlu diambil serius. Mengakui Yuna seorang penyanyi yang unik, David Foster memaklumkan yang penyanyi itu belum lagi mencapai taraf antarabangsa.
david fosterSeperti yang kita tahu Yuna sejak beberapa tahun kebelakangan ini memfokuskan kerjayanya di Amerika Syarikat. Kata David Foster:-

Kami pernah bekerjasama secara rapat dan saya akui dia penyanyi muda yang berpotensi besar di Asia. Namun usaha Yuna masih tidak mencukupi untuk menjadikannya artis bertaraf antarabangsa.

Dia penyanyi yang unik dan juga pemuzik serta pencipta lagu berbakat. Saya percaya apabila dia mempertingkatkan bakatnya nanti, dia bukan saja dapat mengharumkan nama negara tetapi juga Asia di persada dunia.

david foster

Membaca kata-kata David Foster, Yuna seharusnya lebih bersemangat untuk memenuhi potensi di dalam dirinya. Anggap ia sebagai satu cabaran. Asalkan Yuna mengasah bakatnya dengan lebih tajam, kejayaaa pasti akan menjadi miliknya. Tak sabar rasanya hendak melihat anak Malaysia menjadi terkenal di pentas antarabangsa. Sama-sama kita nantikan. Good luck and all the best buat Yuna. Sumber Harian Metro.

January 3rd, 2013

Untuk pengetahuan anda, kontrak Yuna bersama syarikat yang memperkenalkannya ke persada antarabangsa FaderLabel telah berakhir baru-baru ini. Namun langkah besar Yuna untuk tahun 2013, besar kemungkinan ialah berkolaborasi bersama David Foster.

Foster, penerbit tersohor di Amerika Syarikat melalui Twitter mengumumkan akan ada projek dengan Yuna untuk tahun 2013.

I’m really excited about the next hot artist to join @vervemusic … Stay tuned and keep an eye out for @yunamusic in 2013.”

Baik Yuna dan mahupun pengurusnya Wawa Zainal enggan mengulas mengenai tweet tersebut, mungkin segalanya masih dalam perancangan.

Untuk makluman anda juga, Foster ialah pemenang beberapa anugerah Grammy, yang pernah bekerjasama dengan Christina Aguilera, Bryan Adams, The Bee Gees, Air Supply, Andrea Bocelli, Toni Braxton, Michael Buble, Mariah Carey, Charice, Chicago, Destiny’s Child, The Corrs, Neil Diamond, Celine Dion, Earth, Wind and Fire, Josh Groban, Whitney Houston, Beyonce, Janet Jackson dan Michael Jackson.

Walaupun maklumat tentang kontrak jutaan dollarnya bersama Foster masih belum didedahkan pihak media, Yuna telah mengesahkan yang dia kini sedang merakamkan runut bunyi (soundtrack) sebuah filem dengan majikan barunya itu di Los Angeles. Filem apa? Kita nantikan dulu.

March 16th, 2012

Kalau dah namanya Siti Nurhaliza, pasti mahu yang best of the best sahaja. Semestinya wang bukan satu masalah apabila Siti Nurhaliza berhajat untuk mendapatkan khidmat David Foster dan Bruno Mars untuk album Inggeris keduanya. Teruja pula Abang Nara mendengar perkhabaran ini.

siti bruno mars

Album Inggeris pertama Siti Nurhaliza telah pun terjual sebanyak 40,000 unit dan 30,000 secara download untuk singlenya iaitu Falling In Love. Ini satu angka yang sangat memberangsangkan di kala kesuraman penjualan album di negara kita. Untuk makluman, anak tiri Siti Nurhaliza, Adib Khalid sudah pun mengadakan perbincangan pada peringkat awal untuk mendapatkan khidmat David Foster dan Bruno Mars. Kata Siti Nurhaliza:-

lbum kedua itu masih lagi dalam peringkat perbincangan malah masih belum ada apa-apa persetujuan daripada pihak mereka lagi. Bagaimanapun jika hasrat itu dapat dilaksanakan ia akan menjadi satu batu loncatan untuk saya mengembangkan karier di peringkat antarabangsa. Harap-harap apa yang dirancang akan menjadi kerana bukan senang untuk mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti David Foster.

Abang Nara berdoa agar perancangan Datuk Siti Nurhaliza ini menjadi kenyataan. Bukan senang untuk melihat artis Malaysia mendapat khidmat komposer-komposer antarabangsa yang terkenal seperti David Foster. Kalau dapat pastinya album Inggeris kedua Datuk Siti akan laris macam pisang goreng panas. Kredit berita Mstar.