July 12th, 2016

Sudah beberapa bulan melahirkan anak perempuan sulungnya yang bernama Gia Quinn Mckienzie, pelakon Lana Nodin masih belum bersedia untuk berkongsi foto anaknya itu kepada umum. Untuk pengetahuan anda, Gia kini sudah berusia 6 bulan.

Lana berkata beliau mahu menikmati tanggungjawab sebagai sebagai ibu bapa bersama suami tercinta dan berharap peminat boleh menerima keputusannya itu.

Penjelasan itu dibuat selepas Lana setiap hari menerima permintaan daripada peminat yang teringin sekali melihat wajah anaknya itu.

Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu.

Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.

Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti.

Tidak mengapalah, berilah ruang kepada Lana Nodin untuk menikmati waktu bersama anaknya dahulu. Kalau orang tidak sudi untuk apa dipaksa?

Sumber Berita : BH ONLINE

May 15th, 2015

Dengan hanya sekali lafaz, kini Lana Nodin dan David McKenzie telah pun sah bergelar suami isteri. Majlis pernikahan pasangan ini telah pun berlangsung kira-kira jam 10.30 pagi di Hotel Palace of The Golden Horses. Lana telah dinikahkan sendiri oleh ayahnya Hasan Nodin bin Mohd Zaidi, Mas kahwin yang diterima oleh Lana daripada suaminya ialah USD10,000. Wang hantaran dirahsiakan.

gambar nikah lana nodin

Majlis pernikahan Lana dan David (atau nama Islamnya Daud) telah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terapat sahaja. Pihak lelaki telah menghantar 5 dulang hantaran dan dibalas 7 dulang hantaran oleh pihak perempuan. Selepas perkahwinan ini, Lana Nodin bakal mengikut suaminya yang merupakan seorang jurulatih dan pemain bola tampar Amerika Syarikat.

gambar nikah lana nodin

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Lana Nodin dan Daud McKenzie. Semoga perkahwinan anda kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk memperoleh cahaya mata. Tahniah!!!

stacy

P.S: Wah. Baru 2 hari pakai Manja Sireh dah dapat rasai perbezaannya. Hebat sungguh!!! Memang sesuai untuk semua wanita yang menitikberatkan penjagaan alat sulit. Cuba korang baca sendiri testimonial di atas. Hanya dengan RM50 pasti anda akan lebih yakin dengan kecantikan dalaman anda. Tunggu apa lagi? Layari Facebook Fyqa Signature dan Instagram Fyqa Signature untuk buat tempahan anda sekarang!!!

March 26th, 2015

15 Mei bakal menjadi tarikh bersatunya Lana Nodin dan kekasih hatinya, David McKeinzie atau nama Islamnya, Mohd Daud McKeinzie. Untuk makluman, bakal suami Lana telah pun memeluk Islam pada 5 Disember tahun lalu. Kalau buat kiraan kasar, tak sampai 2 bulan pun lagi tarikh pernikahan tersebut. Menurut Lana yang kini berusia 35 tahun, dia tidak mengimpikan gelaran ‘wedding of the year’ sebaliknya hanya mahu cepat-cepat menghalalkan hubungannya dengan Daud.
lana nodin Bukan senang mahu berjumpa dengan perempuan seperti Lana Nodin yang hanya mahukan perkara wajib dilakukan. Selalu kalau orang nak kahwin, kena bertunang dulu, buat malam berinailah, lepas itu nikah, lepas itu resepsi dan macam-macam lagi. Abang Nara respek dengan keputusan Lana ini. Dapat jimat duit dan paling penting, hubungan dah halal dan boleh ikut suami ke mana-mana. Kata Lana:-

Saya tak berangan nak kan Wedding of the Year tapi saya berangan nak cepat-cepat nikah. Perempuan mana yang tak impikankan majlis perkahwinannya macam ‘Wedding of the Year’. Tapi dalam waktu yang singkat sebelum majlis perkahwinan kami nanti, rasanya memang sukar untuk mengadakan majlis seperti itu.

Bagi saya, biar cepat halalkan dulu perhubungan kami. Jadi selepas kahwin nanti, saya boleh mengikuti David yang akan menyertai kejohanan bola tampar di Amerika. Saya akan berada di sana selama dua hingga tiga bulan untuk memberi sokongan moral semasa dia menyertai kejohanan itu. Semasa di sana nanti, kami juga boleh berbulan madu sekali.

lana nodin Tentu seronok dapat berbulan madu di Amerika Syarikat sambil melihat suami beraksi di atas gelanggang bola tampar. Tahniah kepada Lana dan Daud kerana mendahulukan perkara yang wajib. Nanti dah tak sibuk bolehlah buat majlis resepsi dan sebagainya. Tak sabar nak tunggu tarikh 15 Mei ini. Pasti Lana Nodin akan kelihatan cantik berseri-seri seperti bidadari di hari bahagianya. Sama-samalah kita doakan semuanya berjalan lancar. Sumber ManggaOnline.