Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lana Nodin Belum Sedia Kongsi Gambar Anak

Sudah beberapa bulan melahirkan anak perempuan sulungnya yang bernama Gia Quinn Mckienzie, pelakon Lana Nodin masih belum bersedia untuk berkongsi foto anaknya itu kepada umum. Untuk pengetahuan anda, Gia kini sudah berusia 6 bulan.

Advertisement

Lana berkata beliau mahu menikmati tanggungjawab sebagai sebagai ibu bapa bersama suami tercinta dan berharap peminat boleh menerima keputusannya itu.

Penjelasan itu dibuat selepas Lana setiap hari menerima permintaan daripada peminat yang teringin sekali melihat wajah anaknya itu.

Tidak dinafikan ramai yang meminta saya memuat naik gambar Gia, namun saya menghormati keputusan suami untuk tidak berkongsi foto anak kami di media sosial buat sementara waktu.

Julung kali bergelar ibu bapa, kami ingin menikmati detik indah memikul tanggungjawab ini berdua dulu. Insya-Allah saya pasti berkongsi gambar Gia apabila tiba masanya.

Advertisement

Lagipun, saya memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tanpa bantuan pembantu. Gambar saya sendiri pun jarang dimuat naik kerana sibuk dengan rutin harian, takut tidak menang tangan pula nanti.

Tidak mengapalah, berilah ruang kepada Lana Nodin untuk menikmati waktu bersama anaknya dahulu. Kalau orang tidak sudi untuk apa dipaksa?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top