May 19th, 2014

Hebat rupanya Boy Iman ini. Bukan sahaja mendapat gelaran “Datuk” daripada kerajaan Naning baru-baru ini, rupa-rupanya Boy Iman turut memegang pangkat Ayahanda dalam Pekida. Bukan calang-calang orang boleh sampai ke tahap ini. Makin kagum dan respek Abang Nara terhadap Boy Iman. Siapa sangka dalam diam-diam rupanya beliau ialah seorang yang bepengaruh besar.

boy iman

Apa yang lebih menarik perhatian Abang Nara ialah Boy Iman tanpa segan silu mengakui ada melobi untuk mendapatkan gelaran Datuk daripada kerajaan Naning. Berkata menerusi Pancaindera, Boy juga turut menjelaskan mengenai aktiviti kebajikan yang sering dilakukannya. Kata Boy:-

Biasalah. Kita tak boleh nak sangkal hal ini (melobi) kerana realitinya semua orang pandai melobi. Setiap orang ada caranya. Ada yang pakai kipas, ada orang pakai alat penghawa dingin, terpulanglah pada cara mereka melobilah. Walaubagaimanapun, ia masih terletak kepada kemahuan pihak di sana sama ada berkenan atau tidak untuk memberi anugerah.

Kalau dipergunakan (untuk kerajaan Naning cari publisiti) tidak ada salahnya. Kami tak pernah menyesal asalkan ini mendatangkan kebaikan ke jalan Allah S.W.T. Sebenarnya, ramai tak tahu, saya banyak terlibat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan banyak usaha membantu masyarakat.

Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan.

Cuma kami tak canang pada orang saja. Mungkin lembaga adat nampak usaha dan amal yang kami lakukan, sebab itu mereka nak bagi anugerah atas sumbangan aktif kami itu.

boy iman

Fuh~~~ Hebat kan jawatan-jawatan yang dipegang oleh Boy Iman? Lain kali jangan pandang orang sebelah mata. Kita tak tahu kehebatan mana-mana insan sehingga benar-benar mengenali seseorang itu. Nasib baiklah Boy Iman boleh bagi penjelasan sebegini di suratkhabar. Sekurang-kurangnya baru orang sedar akan ke”power”an beliau dan tidak lagi mempertikaikan gelaran “Datuk” yang diterima. Kepada Datuk Boy Iman, semoga makin berjaya selepas ini.

P.S: Meserati Ghibli 2014 dilancarkan pada harga RM538,800

May 12th, 2014

Selaku seorang “Datuk” sepatutnya Pian Cecupak kena lebih rileks dan cool apabila perkara seumpama ini terjadi. Barulah sesuai dengan taraf “Datuk” yang dikurniakan oleh kerajaan Naning kepada anda. Jadi “Datuk” kena macho, tabah dan tenang walaupun gelaran anda dipertikai, dikutuk dan dipersendakan oleh orang ramai. Semua ini harus dianggap sebagai satu cabaran dan satu dugaan selepas memiliki anugerah yang pastinya menjadi idaman ramai.

datuk naning

Orang ramai mempertikaikan gelaran “Datuk” oleh kerajaan Naning ini kerana memang sebelum ini ada artikel pada tahun 2011 yang memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menjelaskan  anugerah dan  gelaran yang disampaikan oleh kumpulan berkenaan adalah tidak sah dan tidak diiktiraf oleh kerajaan kerana hanya Yang Dipertua Negeri sahaja yang mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran. Kiranya ada bukti dan ada dasar untuk pertikaian. Bukan saja-saja.
datuk naning

Membaca luahan hati Pian Cecupak, sedikit sebanyak terasa juga kesedihan yang sedang dialaminya. Kata Pian Cecupak menerusi Mstar Online:-

Saya marah dengan mereka yang mempersendakan dan mengutuk tentang peribadi saya serta mempersoalkan gelaran ini tanpa bertanya terlebih dahulu.

Sudahlah saya dipinggirkan daripada industri seni, kini mereka keji dan melemparkan kata-kata hinaan dengan menjadikan saya sebagai bahan jenaka mereka serta mengungkit kisah lama saya.

Bukan saya yang minta atau bayar untuk dapatkan gelaran itu, namun jika pihak mereka ingin memberikannya, saya tidak boleh menolak kerana saya menghormati mereka yang banyak memberi peluang pekerjaan kepada saya selama ini.

Saya tidak kisah orang ingin iktiraf atau tidak gelaran itu kerana saya menghormati sejarah mereka dahulu, lagi pula saya hanya akan guna gelaran ini pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan puak itu sahaja

pian cecupak

Tak apalah Pian. Semoga dengan pemberian anugerah “Datuk” daripada kerajaan Naning ini, kerjaya Pian akan kembali memuncak semula. Sekurang-kurangnya kontroversi yang timbul ini telah menaikkan nama anda kembali. Harap-harap selepas ini akan ada banyak tawaran kerja untuk Pian. Jangan letak harga yang tinggi melambung sebab dah bergelar “Datuk” pulak. Hehehe.

ryaniez

 

P.S: Abadikanlah detik-detik paling bermakna dalam hidup anda dengan bidikan gambar-gambar oleh Ryaniez Moments Photography yang pastinya akan menjadi kenangan terindah buat selamanya. Bermula dengan RM1400, saat-saat air mata anda mengalir ketika sah diijabkabulkan akan diabadikan dalam album gambar yang amat berkualiti. SMS/Whatsapp Hash 0192044408 atau Wafi 0139451436 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk lihat hasil kerja mereka.